Bina Kerjaya Sebagai
DevOps / Cloud Engineer
Sertai program bootcamp atas talian (online) 16 minggu berbahasa Melayu bersama devOp engineer dan jurulatih berpengalaman industri.
Maklumat Lanjut
Daftar Bootcamp
https://youtu.be/GZUTlhEObhk
Tontoni webinar yang telah diadakan menerangkan tentang program DevOp Bootcamp ini secara terperinci.
Salam Perkenalan
Nama saya Iszuddin Ismail. Saya adalah graduan Sains Komputer dari UTM Skudai tahun 2001.
Saya adalah “guru besar” di KelasProgramming.com. Dan sejak 2015, saya adalah penganjur JOMLAUNCH, acara yang menghimpunkan golongan programmer dan developer di tanahair ni. Selain dari itu, saya juga telah berkhidmat dalam bidang pembangunan web untuk syarikat korporat dan startup. Terakhir sekali, saya adalah CTO di startup bernama Kiddocare.
Dari pengamatan saya, kemahiran yang diperlukan di industri amat berbeza berbanding apa yang saya pelajari di universiti.
Daripada industri pula, sentiasa ada rungutan tentang kemahiran graduan IT dan Sains Komputer yang tidak menepati keperluan pekerjaan. Walaupun pahit, saya terpaksa bersetuju.
Sebab itu saya bersama beberapa rakan industri yang berpengalaman akan memulakan online Devop / Cloud Engineer bootcamp ini.
Matlamat kami adalah untuk melahirkan Devop / Cloud Engineer yang berkemahiran untuk menyumbang dalam syarikat yang mereka sertai.
Mengenai Bootcamp
Pendaftaran kini dibuka
Tarikh Tutup Pendaftaran
31 Januari 2024
Tarikh Mula Kelas
19 Februari 2024
Tarikh Tamat Kelas
24 Mei 2024
Bootcamp biasanya merujuk kepada kursus intensif yang padat. Ia akan menguji keupayaan mental dan fizikal pelatih, seperti kursus kelayakan komando dan tentera elit.
Online DevOp Bootcamp kami bukanlah seperti latihan komando, namun untuk menghasilkan full stack web developer yang berkemahiran dalam tempoh 6 bulan, ia padat dengan sesi pembelajaran dan latihan.
Maka pelatih yang menyertai program ini mesti mempunyai motivasi dan komitmen yang tinggi.
Tapi jika anda betul-betul mahu menjadi seorang cloud engineer – kami boleh bantu.
Kami faham tentang tuntutan gaya hidup zaman sekarang. Sebab itu kami cuba seimbangi dengan keperluan kehidupan dan program ini.
Sebab itu kami laksanakannya secara online dan part-time.
- Atas Talian (Online) – membolehkan peserta mengikuti kursus ini dari mana-mana sahaja, Kuala Pilah, Perlis, Kuching, Sandakan, mahupun Sydney. Anda tidak perlu untuk datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus ini.
- Separuh masa (Part-time) – membolehkan pelatih menyertai program tanpa perlu berhenti kerja sekarang.
Walaupun demikian, usaha yang gigih masih diperlukan daripada pelatih. Kita ada jadual dan tugasan mingguan yang perlu disempurnakan pelatih, agar perjalanan program mengikut jadual yang telah dirancang.
Pelatih mesti bersedia untuk meluangkan 1 ke 2 jam setiap hari untuk program ini.
Bagaimana Bootcamp ini dijalankan.
Kaedah Bootcamp
Kelas Live Online
Setiap minggu, kita akan adakan 1-2 kelas live secara online. Ia akan dilaksanakan menggunakan Airmeet. Pelatih wajib hadir atau menonton rakaman selewat-lewatnya pada keesokan hari.
Study Group
Setiap pelatih akan diletakkan dalam sebuah Study Group. Study Group perlu membuat pertemuan online sekali setiap minggu. Setiap Study Group akan dianggotai oleh 4 ke 5 pelatih.
Kumpulan Mentor
Setiap 3 Study Group akan menerima seorang mentor. Kumpulan Mentor perlu membuat pertemuan online setiap 2 minggu.
Tugasan (Assignment)
Ada tugasan perlu dibuat setiap minggu memasti pelatih mengikuti program dengan baik.
Projek Akhir
Anda akan diberikan tugasan seperti mana seorang cloud / devOp engineer di sebuah syarikat, dan melaksanakan tugasan sepergi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Medium Bahasa Melayu
Semua kelas dan mentoring dilaksanakan dalam bahasa Melayu untuk membantu pemahaman pelatih di Malaysia.
Isi kandungan Bootcamp.
Silibus dan Jadual
Pendaftaran kini dibuka
Tarikh Tutup Pendaftaran
31 Januari 2024
Tarikh Mula Kelas
19 Februari 2024
Tarikh Tamat Kelas
21 Jun 2024
Bulan Pertama
-
Asas Linux, Installation -
Asas Linux, Pengurusan -
Linux Scripting -
Linux Background Services
Bulan Kedua
-
Linux Firewall -
Web Server (Apache) -
Web Server (Nginx) -
Aplikasi PHP

Bulan Ketiga
-
Aplikasi NodeJS -
Docker (Bhg 1) -
Docker (Bhg 2) -
Ansible (Bhg 1)
Bulan Keempat
-
Ansible (Bhg 2) -
GitHub & CI/CD -
Terraform (Bhg 1) -
Terraform (Bhg 2)
Tenaga pengajar
Jurulatih dan Mentor
A’OSHFAN ISAHAK
-
Senior DevOps Engineer dengan syarikat tenaga antarabangsa -
Graduan UNIKL, Politeknik -
10 tahun pengalaman dengan syarikat tempatan dan antarabangsa -
Certified Kubernetes, AWS, Google Cloud, Azure, Terraform

FARIZ IZWAN KAMARUZZAMAN
-
SRE / Platform Consultant dengan syarikat O&G antarabangsa -
Graduan Institut Teknologi Perak, Open University Malaysia -
10 tahun pengalaman dalam bidang server admin & devOp -
Certified AWS, Kubernetes, Splunk

NUR ASMAWI BIN SUBRI
-
Maintainer Sabily Linux OS (archived) -
Pengalaman 15 tahun dalam OS, networking & server admin -
PHP Developer, expert with Moodle and OsPOS -
Certified Elastic, Mikrotik
Pendaftaran Bootcamp
Promosi dan Yuran
Bayaran Ansuran
RM5,800
RM2,300
RM300 Sekarang + RM500 x 4

* Percuma barangan 24/7 – CODE FOR LIFE
Jualan ditutup.
Bayaran Penuh
RM5,500
RM1,800
Sekali sahaja.

* Percuma barangan 24/7 – CODE FOR LIFE
Jualan ditutup.
Soalan lazim
Saya berumur 16 tahun. Boleh saya daftar?
Kami menerima pelatih seawal 16 tahun pada tahun semasa.
Adakah akan ada rakam daripada kelas live?
Ya. Rakaman daripada Kelas Live akan dimuatnaik secepat mungkin pada hari yang sama. Namun, kita perlukan mereka yang tidak dapat mengikuti kelas live menonton rakaman pada hari yang sama, atau selewat-lewatnya keesokan hari untuk terus mengikuti program dan tidak keciciran.
Apakah laptop dan perkakasan yang diperlukan?
Dicadangkan peserta menggunakan laptop dengan spesifikasi Windows 8 atau lebih, macOS High Sierra 10.13 atau lebih, atau Linux 64-bit. Processor Intel Pentium 4 atau lebih, dan memory RAM minimum 4GB.
Disarankan peserta bersiap dengan monitor kedua. Monitor di laptop akan digunakan untuk membuat latihan, sambil monitor kedua untuk mengikuti kelas live.
Saya berumur 50 tahun. Bolehkah saya sertai?
Boleh, tetapi anda mestilah seseorang yang biasa dengan kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai kelas live, menggunakan keyboard dengan baik.
Ada sijil ke selepas Bootcamp?
Ada untuk pelatih berjaya tamatkan program dan hantar projek.
Kami menerima pelatih seawal 16 tahun pada tahun semasa.Ya. Rakaman daripada Kelas Live akan dimuatnaik secepat mungkin pada hari yang sama. Namun, kita perlukan mereka yang tidak dapat mengikuti kelas live menonton rakaman pada hari yang sama, atau selewat-lewatnya keesokan hari untuk terus mengikuti program dan tidak keciciran.
Dicadangkan peserta menggunakan laptop dengan spesifikasi Windows 8 atau lebih, macOS High Sierra 10.13 atau lebih, atau Linux 64-bit. Processor Intel Pentium 4 atau lebih, dan memory RAM minimum 4GB.
Disarankan peserta bersiap dengan monitor kedua. Monitor di laptop akan digunakan untuk membuat latihan, sambil monitor kedua untuk mengikuti kelas live.
Boleh, tetapi anda mestilah seseorang yang biasa dengan kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai kelas live, menggunakan keyboard dengan baik.
Ada untuk pelatih berjaya tamatkan program dan hantar projek.
Peringatan penting
JANGAN DAFTAR SEKIRANYA…
-
Tak berhasrat untuk tamatkan program -
Kebarangkalian nanti banyak alasan -
Tidak dapat memberi komitmen 1-2 jam sehari -
Tidak berhasrat nak ceburi bidang DevOps / Cloud Engineer