Pelajari PHP Dengan Pakej Kelas Video Codeigniter4 Dan Laravel 8

Dapatkan Salah Satu Atau Kedua-duanya Untuk Pembelajaran Dengan Penerangan Bahasa Melayu Yang Mudah Difahami

Hari
Jam
Minit
Saat

20 Video | 26 Jam & 18 Minit

Rakaman kelas online secara langsung bersama peserta yang dijalankan selama 4 minggu. Kelas telah berlangsung dari 20 Mac hingga 17 April 2021. Merangkumi topik yang meluas dari Bootstrap, Codeigniter, Git, RunCloud, SQL dan lain-lain.

18 Video | 7 Jam & 20 Minit

Rakaman pembelajaran Laravel 8, merangkumi topik-topik penting bagi memahami Laravel 8. Antaranya Model, Eloquent, View, Blade, Authentication, Fortify, dll. Sesuai untuk mereka yang ada sedikit pengalaman dengan PHP.

combo

harga biasa RM240

BONUS
kelas-asas

PERCUMA. Disertakan bersama mana-mana pakej pembelian.

Kelas Asas : HTML, CSS & PHP

Siri Kelas Asas ini dibangunkan untuk memberikan crash course kepada mereka yang ingin mengikuti Kelas PHP & Codeigniter, tetapi masih terlalu baru dalam dunia pembangunan web. Ianya disampaikan secara ringkas dan padat untuk memberikan pendedahan yang sewajarnya untuk memulakan Kelas PHP & Codeigniter.

Kelas PHP & Codeigniter4

Rakaman kelas online secara langsung bersama peserta yang dijalankan selama 4 minggu. Kelas telah berlangsung dari 20 Mac hingga 17 April 2021. Merangkumi topik yang meluas dari Bootstrap, Codeigniter, Git, RunCloud, SQL dan lain-lain.

Kandungan video merangkumi topik-topik berikut :

Minggu 1

  • Siapkan komputer untuk web programming (Pemasangan Laragon)
  • Visual Studio Code & Emmet
  • Asas Git & Gitlab
  • Asas HTML & CSS
  • Web Responsif dengan Bootstrap
  • Membangunkan Web UI Untuk Aplikasi

Minggu 2

  • Asas Pengaturcaraan PHP
  • Kenali MVC Framework
  • Asas MySQL & SQL
  • Membangunkan Database
  • Database ke Aplikasi dengan Model
  • Web UI ke Aplikasi dengan View
  • Aplikasi CRUD (Create-Read-Update-Delete)
  • Kawalan Akses Pengguna (Authentication)

Minggu 3

  • SQL & Database Lanjutan
  • CRUD Lanjutan (Produk & Pembelian)
  • Halaman Produk
  • Kategori Produk
  • Halaman Checkout
  • Bangunkan Shopping Cart dengan Session

Minggu 4

  • Integrasi Notifikasi Email
  • Halaman Pelanggan
  • Kategori Produk
  • Integrasi Payment Gateway
  • Merekodkan Pembelian
  • Laporan Kewangan
  • Deployment Aplikasi ke Server
  • Rumusan Program

Kelas Laravel 8 : Tahap 1

Rakaman pembelajaran Laravel 8, merangkumi topik-topik penting bagi memahami Laravel 8. Antaranya Model, Eloquent, View, Blade, Authentication, Fortify, dll. Sesuai untuk mereka yang ada sedikit pengalaman dengan PHP.

Kandungan video merangkumi topik-topik berikut

  • Pengenalan
  • Persiapan VSCode
  • Pemasangan
  • Aplikasi CLI Artisan
  • Struktur Fail dan Folder
  • Konfigurasi
  • Router
  • Controller
  • View & Blade
  • Database Migration
  • Model / Eloquent
  • Factory & Tinker
  • Database & Query Builder
  • Memaparkan Rekod dengan Pagination
  • Borang, Memproses Input & Validation
  • Session
  • Menghantar Email
  • Authentication Dalam Laravel
  • Membina Authentication Ringkas
  • Mencuba Fortify
  • Membina Authentication dengan FortifyUI
  • Maklumat Pengguna Authentication
  • Debugging
  • Rujukan Tambahan

harga biasa RM240

Ruang Kelas Selepas Login

Nak Pilih Pakej Yang Mana Satu?

Di laman ini terdapat pakej-pakej berikut :
 
  • Pakej Asas PHP, HTML & CSS
  • Pakej Video Kelas PHP + Codeigniter
  • Pakej Video Kelas Laravel 8
  • Pakej Kombo dengan kesemuanya
 
Nak ambil yang mana ya?
 
Baiklah … saya cuba terangkan.
 
Pakej Asas PHP, HTML, CSS
 
Pertama ada pakej Asas PHP, HTML & CSS. Ini percuma. Kita buat crash course. Kesemuanya ada 18 video berdurasi 3 jam dan 39 minit. Saya buat pakej yang ini semasa saya buat Kelas PHP + Codeigniter tu. Tujuan dia adalah untuk mereka yang minat nak belajar tapi takde pengalaman dengan pembangunan web dan PHP.
 
Yang ini percuma. tak payah beli.
 
Pakej Video Kelas PHP & Codeigniter 4
 
Sebelum Ramadan hari tu, saya ada buat kelas bimbingan online untuk belajar PHP. Saya buat kelas setiap minggu pada hari Sabtu (10 pagi hingga 4 petang) dan Isnin malam (8 malam hingga 10 malam). Inilah video rakamannya. Keseluruhannya berjumlah 20 video dan lebih 26 jam.
 
Kelas ini agak meluas sebab saya tunjuk macam mana nak buat web dari kosong. Dan kita sentuh juga pasal Git, Gitlab, SQL, payment gateway integration (SecurePay), deploy ke server (DigitalOcean, RunCloud), responsive web (Bootstrap), dll.
 
  • Kalau tak tahu Git dan Gitlab, elok ambil pakej ni
  • Kalau tak tahu SQL, elok ambil pakej ni
  • Kalau tak tahu apa-apa responsif web, elok ambil ni
 
Pakej Video Kelas Laravel 8
 
Berbeza dengan pakej PHP yang sebelum ni, ini dirakam lebih awal dan bukannya kelas secara live. Dan kita hanya cover pasal Laravel sahaja. Kita tak cover SQL, Bootstrap, Git, VPS / cloud hosting, deployment, dll… Laravel 8 sahaja.
 
Laravel dah jadi macam “industry standard”, macam perisian Adobe Illustrator dan Photoshop untuk dunia grafik. Tapi mereka yang baru, memang mencabar sikit nak belajar Laravel sebab terlalu banyak konsep-konsep baru dan canggih diperkenalkan. Jadi itulah tujuan Kelas Video Laravel 8 ni. Kita cuba perjelaskan sebaiknya tentang Route, Model, View, Controller, Eloquent, Blade, Factory, Seeder, Factory, Migration, Artisan, Authentication, Fortify, dan lain-lain.
 
Tapi sebaiknya mestilah ada sedikit pengalaman dengan PHP, walaupun paling asas. Kalau tak ada, eloklah ambil Pakej Kombo.
 
Nak belajar Laravel tapi …
 
  • Takde pengalaman langsung, elok ambil Pakej Kombo
  • Takde pengalaman langsung, elok ambil Pakej Kombo
  • Kurang pengetahuan pasal SQL, ambil Pakej Kombo
  • Kalau belum tahu Git & Gitlab, ambil Pakej Kombo
  • Kalau belum tahu web responsive atau Bootstrap, ambil Pakej Kombo
  • Kalau belum tahu pasal server VPS dan cloud hosting, ambil Pakej Kombo
 
Tapi kalau ada sedikit pengetahuan PHP, bolehlah ambil Video Kelas Laravel 8 sahaja …
 
  • Ada pengalaman PHP, boleh ambil Kelas Video Laravel 8
  • Pernah guna mana-mana PHP MVC framework, ambil Kelas Video Laravel 8
  • Pernah cuba belajar Laravel, tapi kurang faham, ambil Kelas Video Laravel 8
 
Baik, saya harap ini membantu dalam membuat keputusan.

Soalan Lazim

Kami akan berikan sijil digital bagi mereka yang menyempurnakan program.

Boleh? Minat adalah penting. Kita cuba bantu sebaik mungkin.

Web programming ni luas. Kita ajarkan asas-asas yang penting. Anda mungkin boleh membina sistem yang ringkas. Tapi mungkin perlukan pembelajaran lanjut untuk sistem yang lebih kompleks.

Kandungan video boleh ditonton melalui laman ahli KelasProgramming.com. Ianya boleh diakses melalui laman login.

Setiap pembelian disertakan dengan akses kepada video selamat setahun.

Maaf, akses untuk download video tidak dapat kami berikan. Ianya untuk tontonan melalui akses ahli sahaja.

Kenali Jurulatih Anda

Iszuddin Ismail

jurulatih

Iszuddin (Dino) banyak berkecimpung dalam pelbagai projek web termasuk menjadi CTO di E-Sentral.com, Kiddocare.my, dan juga pernah berkhidmat untuk pelanggan dalam dan luar negara.

Selain daripada projek klien, antara projek yang telah dibangunkan dan dijual adalah seperti UPLOADNSELL.com, DIPPEC.com, dan blog CoolComputerCases.com.

Sekarang beliau adalah penganjur acara tahunan JOMLAUNCH dan CEO di Taming Tech Sdn Bhd, Presiden di NEF dan juga jurulatih bidang programming kepada beberapa agensi kerajaan seperti KPM, KWP, KPT, JPN, dan lain-lain.

Sebuah projek oleh
Kengakawan IT Solutions (MA0041225-D), 239A Jalan Bandar 13, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur