cropped-logo-box-2.png

Kelas Laravel Tahap 1

Description

Laravel sudah menjadi satu piawaian industri dalam dunia pengaturcaraan PHP. Pastikan anda tahu membangunkan aplikasi web dengan PHP untuk maju kehadapan dalam kerjaya.

Ini adalah siri video yang mengajar Laravel 8, merangkumi pelbagai topik. Ianya sesuai untuk mereka dengan sedikit pengetahuan PHP tetapi masih belum berupaya untuk memahami Laravel. Dengan Laravel, pembangunan boleh menjadi kemas dan pantas. Laravel disertakan dengan pelbagai perkakasan yang membantu produktiviti dalam kerja-kerja pembangunan web.

Kelas Laravel ini disampaikan oleh Khairil Iszuddin bin Ismail yang sangat berpengalaman dalam pembangunan aplikasi web dengan PHP. Beliau juga telah menjadi jurulatih kepada agensi kerajaan dalam kursus berkaitan pengaturcaraan dan web.

Siri video ini mengandungi

  • 18 siri video
  • Durasi keseluruhan video, 7 jam 20 minit
  • Disertakan dengan buku nota PDF, 98 mukasurat, dengan penerangan yang ringkas dan padat
  • Disampaikan dalam bahasa Melayu yang mudah difahami

Topik merangkumi :

  • Config
  • Router
  • Model Route Binding
  • Controller
  • Model & Eloquent
  • Relationship (1-to-many, many-to-many)
  • Query Builder
  • Pagination
  • Debugbar
  • View & Blade
  • Artisan
  • Tinker
  • Factory
  • Seeder
  • Form Handling
  • Validation
  • Migration
  • Custom Authentication
  • Authentication dengan Fortify
  • Hantar email ke Mailtrap.io

dan banyak lagi.

Mulakan pembelajaran Laravel anda hari ini.

 

 


BONUS : Video Crash Course Asas – HTML, CSS, PHP

Bersama dengan pakej ini, anda juga akan menerima Video Crash Course Asas – HTML, CSS, PHP. Ianya adalah pakej pengenalan kepada asas yang sangat penting sebelum anda terjun ke pembangunan web dengan konsep MVC (Model-View-Controller).

Pakej Video Crash Course Asas hadir dalam :

  • 18 Video
  • Jumlah video berdurasi 3 jam dan 39 minit

Berikut adalah kandungan Video Crash Course Asas.

HTML

  • Pengenalan
  • Teks
  • Ruang & Layout
  • Table
  • Form

CSS

  • Pengenalan
  • Menggunakan Css Dalam Html
  • Mengenali Box Model, Margin, Padding
  • Css, Dev Tools

PHP

  • Pengenalan
  • Variable & String
  • Array
  • Logik
  • Operator
  • Loop
  • Functions
  • Include & Require
  • Superglobals