🤯
Stop Buang Masa dengan 'Halusinasi' A.I.!
Belajar cara bangunkan Web App menggunakan A.I. dengan Laravel dan Livewire secara sistematik dan efisien.
Jom, saya cerita sikit...
Sekarang, A.I. memang dah beri peluang ataupun akses kepada sesiapa saja untuk 'cuba-cuba' buat Web App. Tapi, hati-hati. Tanpa ilmu asas coding yang betul, A.I. takkan bantu, malah akan buat kerja anda jadi lebih rumit.
Teknologi ni macam pisau bermata dua. Kalau tak ada panduan yang betul, A.I. tu boleh jadi menyusahkan, bukannya membantu. Kita kena tahu apa nak suruh dia buat dan macam mana nak periksa hasil kod tu, baru la jadi betul dan tak bercelaru.
Ada yang tanya, model mana bagus untuk bangunkan Web App? mana bagus untuk PHP ? Mana bagus untuk JavaScript ? Mana bagus untuk Python ? Kenapa A.I kau lagi power dari Aku? Kenapa hasil tak sama walaupun apa yang diminta sama?
Pada saya, ini bukan isu alat (A.I) sahaja. Ini adalah isu Pengguna A.I yang tidak tahu apa yang perlu diminta (cara Developer)untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Semua orang boleh bangunkan tetapi...
Vibe Code tanpa Ilmu
Guna AI untuk 'vibe code', tapi hakikatnya anda tak faham satu baris pun apa yang berlaku.
Halusinasi AI
Anda minta kod terkini, tapi AI beri output yang salah, outdated, atau tiada context dengan projek anda. Anda buang masa cuba baiki kod yang sememangnya sudah cacat dari awal.
Pembaziran Kos
Setiap model AI ada 'cooling-down period' selepas prompt pertama. Tanpa pemahaman asas kod, anda akan berulang kali re-prompt dan re-bill untuk mencari jawapan yang sama, membazir wang dan masa tanpa henti.
Kos 'Spaghetti'
Walaupun projek siap, kod yang tiada standard dan penuh 'spaghetti code' akan menyebabkan kos maintenance dan penambahan ciri baharu menjadi berkali ganda lebih mahal apabila codebase semakin besar.
Campuran Tech Stack Yang Bercelaru
Tanpa panduan codebase yang jelas, AI akan membuat keputusan sendiri untuk mencampurkan pelbagai 'stack' yang tak serasi. Ini mewujudkan sistem yang rapuh, susah maintain, dan penuh konflik.
Semua ini boleh selesai dengan cara yang betul.
Kembali ke Fundamentals
Memahami Asas Web Application
Kuasai konsep asas seperti HTTP, Request, dan Response. Fahamkan di mana dan mengapa kod anda perlu diletakkan, mengelakkan anda daripada copy-paste buta-buta.
Asas Fundamental HTML, CSS, PHP & Pangkalan Data
Faham asas HTML, CSS, PHP dan pangkalan data untuk memastikan kod anda betul dan serasi. Tidak perlu kita hafal code cuma kena faham code yang dihasilkan AI
Laravel Sebagai Framework.
Laravel sebagai framework moden. Kami ajar cara guna pattern terkini (Livewire) dan standard kod yang betul, menghapuskan masalah spaghetti code sebelum ia bermula.
Systematic A.I Approach.
Belajar cara nak setup project dengan cara yang betul dan sistematik supaya kita boleh menghasilkan project yang berkualiti dan boleh maintain.
Membaharui - Reiterate, Reiterate, Reiterate.
Biasanya first Prompt tak sesuai dengan apa yang diingini dicapai. Oleh itu, kita perlu membaharui Prompt dan guide A.I untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Debugging & Maintenance.
Debugging dan Maintenance adalah aspek penting dalam pembangunan aplikasi. Kami ajar cara debug dan maintenance project yang telah selesai dengan cara yang sistematik dan efisien.
AI boleh tulis kod, tapi hanya jika anda tahu apa yang perlu diminta. Kami ajar anda kedua-duanya.
Aplikasi yang telah kami bangunkan dengan A.I.
Mengenai Bootcamp Ini
Bukan Latihan Komando, Tapi Pendedahan Profesional dalam 5 Hari! Kami faham, perkataan "Bootcamp" sering merujuk kepada kursus intensif yang padat, menguji keupayaan mental dan fizikal seperti latihan pasukan elit tentera.
Namun, untuk mencapai matlamat utama kami—iaitu memberikan anda Pendedahan Vibe Coding yang Betul dan membina asas Full Stack Web Developer yang kukuh dalam tempoh 5 HARI sahaja—program kami semestinya sangat padat dengan sesi pembelajaran dan latihan hands-on yang efektif.
Inilah janji kami: Dalam 5 hari yang singkat, kami akan bypass tabiat buruk copy-paste buta-buta dan sediakan anda dengan:
Disebabkan ia sangat intensif, kami hanya mencari pelatih yang mempunyai Motivasi dan Komitmen yang TINGGI selama 5 hari ini.
Jika anda serius mahu memulakan perjalanan sebagai Web Developer dengan landasan yang betul dan pantas, kami sedia bantu anda!
Format Online Coding Bootcamp
Atas Talian (Online)
Sertai kelas secara atas talian dari mana-mana sahaja. Fleksibiliti masa dan lokasi untuk pembelajaran yang selesa.
Separuh Masa (Part-time)
Belajar tanpa perlu berhenti kerja semasa. Sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan kemahiran sambil bekerja.
Kursus Intensif 5 Hari
Kursus berlangsung selama 5 hari berturut-turut. Selama 2 jam sehari untuk pembelajaran yang fokus dan efektif.
Projek Setiap Kelas
Setiap kelas, peserta wajib buat 1 projek untuk memastikan pemahaman dan kemahiran praktikal dikuasai dengan baik.
Dibimbing oleh Mentor
Selain cikgu, mentor juga sedia membantu pelatih. Sokongan berterusan untuk memastikan kejayaan pembelajaran anda.
KURIKULUM
5 Sesi - Asas Hingga Penyebaran (Deployment)
HTML, CSS dan Github
Apa yang anda pelajari:
- • Struktur HTML dan semantic tags
- • Asas CSS dan styling
- • Flexbox dan Grid layouts
- • Responsive design basics
- • Git basics & GitHub repository
- • Penyebaran (Deploying) static sites ke Cloudflare Pages
Kemahiran AI:
- • Hasilkan Web Page HTML dengan bantuan AI
- • AI-assisted CSS styling
- • Faham asas web
- • Perintah Git dan workflow dengan bantuan AI
Asas Backend, PHP dan Database
Apa yang anda pelajari:
- • Pengenalan pada Backend Development
- • Client-server architecture & HTTP
- • Asas PHP dan syntax
- • Kerja dengan form dan data
- • Asas MySQL database
- • Operasi CRUD dengan PHP
Kemahiran AI:
- • Hasilkan kod PHP dengan bantuan AI
- • Design schema database dengan bantuan AI
- • Faham SQL queries
- • Logic backend dengan bantuan AI
Laravel MVC, Blade Engine & Packages
Apa yang anda pelajari:
- • Pengenalan Asas Laravel & MVC
- • Routes & Controllers fundamentals
- • Asas Models & Eloquent ORM
- • Blade templating engine & directives
- • Memasang & menggunakan Packages Laravel
- • Rules AI untuk pembangunan Laravel
Kemahiran AI:
- • Tetapan(Setting) up AI coding rules
- • Hasilkan kod Laravel dengan bantuan AI
- • Faham konvensyon Laravel
- • Memasang & menggunakan Packages Laravel dengan bantuan AI
Fungsi & Integrasi Payment Gateway
Apa yang anda pelajari:
Learn:- • Bangunkan fungsi & helper
- • Eloquent relationships (hasMany, belongsTo)
- • Pengesahan Form & penanganan ralat
- • Integrasi Payment gateway (Stripe/Billplz)
- • Autentikasi & Authorization
- • Email notifications
- • Pengesahan Email
Kemahiran AI:
- • AI-assisted model relationships
- • Payment integration with AI guidance
- • Implementasi logik kompleks
- • Debugging dan penyelesaian masalah
Q&A dan Penilaian Projek
Apa yang anda pelajari:
You'll Learn:- • Sesi Q&A dengan instruktor
- • Penilaian kod projek & maklum balas
- • Best practices & optimization tips
- • Langkah seterusnya dalam perjalanan Laravel anda
Kemahiran AI:
- • Penilaian kod dengan bantuan AI
- • Cadangan Refactoring
- • Pembelajaran berterusan dengan AI
HTML
CSS
PHP
Laravel
Livewire
SQLite
MySQL
Copilot
GitHub
Tenaga Pengajar
Muhammad Sidiq
Fullstack Developer
Seorang Fullstack Developer yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun dalam pembangunan sistem web dan aplikasi mudah alih. Kini bersedia berkongsi pengetahuan dan kemahiran sebagai tenaga pengajar, sambil terus meneroka teknologi baru.
Iszuddin Ismail
Guru Besar @ KelasProgramming.com
Saya adalah "guru besar" di KelasProgramming.com. Dan sejak 2015, saya adalah penganjur JOMLAUNCH, acara yang menghimpunkan golongan programmer dan developer di tanahair ni. Selain dari itu, saya juga telah berkhidmat dalam bidang pembangunan web untuk syarikat korporat dan startup. Terakhir sekali, saya adalah CTO di startup bernama Kiddocare.
Yuran Kursus
Pakej Asas
RM399
-
Kursus 5 Hari(2 Jam Sehari)
-
AgentRules.md yang digunakan oleh pengajar
-
Repository Projek
Pakej Lengkap
RM499
-
Kursus 5 Hari(2 Jam Sehari)
-
AgentRules.md yang digunakan oleh pengajar
-
Repository Projek
-
1 x buku centakan berwarna
24 Jam Laravel ditulis oleh Iszuddin Ismail -
Rakaman Video semua sesi
-
Private Telegram Group untuk Q&A and support
Pakej Team (5 Orang)
RM2000
-
Kursus 5 Hari(2 Jam Sehari)
-
AgentRules.md yang digunakan oleh pengajar
-
Repository Projek
-
5 x buku centakan berwarna
24 Jam Laravel ditulis oleh Iszuddin Ismail -
Rakaman Video semua sesi
-
Private Telegram Group untuk Q&A and support
* Harga termasuk SST.
* 5 hari berturut-turut jam 9 malam - 11 malam.
Kisah Pelajar yang Sertai
Kursus Kami
Ismail
The Laravel bootcamp really opened my eyes to full-stack development. Learning Blade and Livewire together was a game-changer. No need for complex JavaScript frameworks!
Muhd Fitri
First batch here. The 5-day intensive format was perfect. I went from zero Laravel knowledge to deploying my first app. The AI-assisted learning approach made everything click faster.
Syahmi Jalil
Sangat membantu terutama untuk golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia programming. The fundamentals-first approach really helped me understand what I was building, not just copying code.
Zuhayra Nasrin
The instructors were incredibly helpful and patient. Learning Laravel with AI assistance was eye-opening—I finally understood how to prompt AI effectively for coding. Highly recommended for beginners!
Aiman Dani
Completed the Laravel bootcamp and managed to build a production-ready app. The focus on fundamentals before jumping into frameworks was exactly what I needed. 10/10 would recommend!
Fikri Mastor
Dengan berbekalkan pengetahuan sedikit berkenaan HTML dan CSS, saya beranikan diri untuk belajar Laravel. The bootcamp structure made it easy to follow, and the AI guidance helped me understand every step.
Ammar Azizi Jasni
Dari pada tak tau apa apa pasal php sampai boleh buat full system. Alhamdulillah terima kasih pada Tuan Siddiq, atas ilmu yang dicurahkan. Memang power. Luas ilmunya. Terima kasih Team Taming Tech dan terutamanya guru saya Tn Siddiq kerana wujudkan boottcamp ni
Shaikh Syazwan
Alhamdulillah..saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Tuan Siddiq iaitu tenaga pengajar yang mengajar saya dan rakan rakan yang lain yang belajar dalam bootcamp mula dari kosong. Tuan Siddiq seorang pengajar yang berusaha gigih untuk memastikan kami faham apa yang di ajarnya dalam setiap kelas. Kalau tak faham tanya je dia, dia akan terangkan dan cari cara untuk fahamkan . Terlalu banyak yang di ajar oleh beliau sepanjang saya menyertai bootcamp nie. Tak terkira banyaknya..senang cakap rugi tak belajar dari Tuan Siddiq..Terima Kasih segala ilmu yang di ajar. Saya doakan Tuan Siddiq dan Kelasprogramming maju jaya di masa hadapan.Terima Kasih...
SOALAN LAZIM
Ada Soalan? Kami Ada Jawapan
Jawapan: Ya. Bootcamp ini direka untuk pemula yang langsung tiada pengalaman coding. Anda hanya perlu tahu guna komputer. Segala asas HTML, CSS, PHP, Laravel dan AI akan diterangkan dari awal.
Jawapan: Ya. Anda akan diberikan senarai software seperti VS Code, PHP / Laravel environment, Git, Database tool (bergantung MySQL / SQLite), dan Tools AI (seperti GitHub Copilot). Kami akan beri panduan install sebelum hari pertama.
Jawapan: Ia adalah kelas live secara online (2 jam setiap sesi).
Jawapan: Pakej Asas (RM399): Tiada rakaman. Pakej Lengkap / Team: Diberikan akses rakaman semua sesi.
Jawapan: Bootcamp berlangsung selama 5 hari berturut-turut, 2 jam setiap hari (jam 9 malam - 11 malam).
Jawapan: Tidak, tetapi rakaman disediakan jika anda ambil Pakej Lengkap atau Team.
Jawapan: Ya. Projek Laravel anda akan deploy ke server menggunakan kaedah yang ditunjukkan oleh instruktor. Anda akan belajar proses deployment asas.
Jawapan: Tidak. Bootcamp direka untuk pemula dan semua konsep penting diajar dari asas.
Jawapan: Pakej Asas: Tiada support group. Pakej Lengkap / Team: Ada Private Telegram Group untuk Q&A.
Jawapan: Tidak secara mendalam. Kami fokus kepada Blade + Livewire yang membolehkan anda membina aplikasi interaktif tanpa perlu framework JavaScript kompleks.
Jawapan: Kami akan gunakan MySQL untuk projek Laravel. Semua akan diterangkan langkah demi langkah.
Jawapan: Tidak wajib, tetapi sangat digalakkan kerana sebahagian modul fokus pada cara memberi arahan / prompt coding dengan betul.
Jawapan: Ya. Selepas 5 sesi, anda akan faham asas web app, backend, database, Laravel, Livewire, cara prompt AI, dan cara mengurus code standard. Anda boleh membina aplikasi asas sendiri dan meningkatkan kemahiran selepas itu.
Jawapan: Ya. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan selepas menyiapkan projek akhir.
Jawapan: Kami menggunakan platform video conference seperti Zoom atau Google Meet untuk kelas live. Maklumat lanjut akan diberikan selepas pendaftaran.
Jawapan: Ya. Bootcamp ini sesuai untuk semua golongan termasuk pelajar, pekerja, atau founder yang tiada background IT. Kami akan ajar dari asas.
Jawapan: Ya, tetapi dalam skala beginner. Projek yang anda bina akan berfungsi dengan baik dan boleh digunakan sebagai portfolio, namun masih dalam tahap pembelajaran.
Jawapan: Ya. Minimum requirement: Windows/Mac/Linux, 4GB RAM (disarankan 8GB), dan internet stabil.
Masih ada soalan?
Hubungi Kami