Tontoni webinar yang telah diadakan menerangkan tentang program DevOp Bootcamp ini secara terperinci.
Nama saya Iszuddin Ismail. Saya adalah graduan Sains Komputer dari UTM Skudai tahun 2001.
Saya adalah “guru besar” di KelasProgramming.com. Dan sejak 2015, saya adalah penganjur JOMLAUNCH, acara yang menghimpunkan golongan programmer dan developer di tanahair ni. Selain dari itu, saya juga telah berkhidmat dalam bidang pembangunan web untuk syarikat korporat dan startup. Terakhir sekali, saya adalah CTO di startup bernama Kiddocare.
Dari pengamatan saya, kemahiran yang diperlukan di industri amat berbeza berbanding apa yang saya pelajari di universiti.
Daripada industri pula, sentiasa ada rungutan tentang kemahiran graduan IT dan Sains Komputer yang tidak menepati keperluan pekerjaan. Walaupun pahit, saya terpaksa bersetuju.
Sebab itu saya bersama beberapa rakan industri yang berpengalaman akan memulakan online Devop / Cloud Engineer bootcamp ini.
Matlamat kami adalah untuk melahirkan Devop / Cloud Engineer yang berkemahiran untuk menyumbang dalam syarikat yang mereka sertai.
Pendaftaran kini dibuka
Tarikh Tutup Pendaftaran
31 Januari 2024
Tarikh Mula Kelas
19 Februari 2024
Tarikh Tamat Kelas
24 Mei 2024
Bootcamp biasanya merujuk kepada kursus intensif yang padat. Ia akan menguji keupayaan mental dan fizikal pelatih, seperti kursus kelayakan komando dan tentera elit.
Online DevOp Bootcamp kami bukanlah seperti latihan komando, namun untuk menghasilkan full stack web developer yang berkemahiran dalam tempoh 6 bulan, ia padat dengan sesi pembelajaran dan latihan.
Maka pelatih yang menyertai program ini mesti mempunyai motivasi dan komitmen yang tinggi.
Tapi jika anda betul-betul mahu menjadi seorang cloud engineer – kami boleh bantu.
Kami faham tentang tuntutan gaya hidup zaman sekarang. Sebab itu kami cuba seimbangi dengan keperluan kehidupan dan program ini.
Sebab itu kami laksanakannya secara online dan part-time.
Walaupun demikian, usaha yang gigih masih diperlukan daripada pelatih. Kita ada jadual dan tugasan mingguan yang perlu disempurnakan pelatih, agar perjalanan program mengikut jadual yang telah dirancang.
Pelatih mesti bersedia untuk meluangkan 1 ke 2 jam setiap hari untuk program ini.
Pendaftaran kini dibuka
Tarikh Tutup Pendaftaran
31 Januari 2024
Tarikh Mula Kelas
19 Februari 2024
Tarikh Tamat Kelas
21 Jun 2024