
Untuk Data Analyst
Kuasai Kemahiran Mengorek Data Dari Pangkalan Data
Kalau saya tolong boleh tak?

Hallo. Assalamualaikum.
Nama saya Iszuddin Ismail. Saya cikgu di KelasProgramming.com. Di sana saya mengajar macam-macam kemahiran untuk profesional ICT, termasuklah SQL.
Memang peninglah bila mula belajar SQL... Nak-nak bila sampai ke SELECT dengan WHERE, GROUP, JOIN, HAVING, ORDER BY, LIMIT, OFFSET ... Itu belum lagi Computed Column, pelbagai fungsi tarikh, masa, rentetan (string) dan matematik.
Takpe... saya boleh cuba ringkaskan. Kita fahami dulu apa yang ada, apa yang kita kena belajar...
SQL ni tak susah sebenarnya. Lebih-lebih lagi untuk Data Analyst. Tapi mungkin untuk mereka yang bukan dari bidang IT, cuba menceburi bidang ini, terasa sedikit mencabar.
SQL ini ada 5 cabang utama. Tapi untuk Data Analyst, mereka perlu fokus pada SATU SAHAJA. Setidak-tidaknya pada peringkat awal. Sebab ini cabang yang paling banyak digunakan. Dengan kemahiran dalam cabang ini, seorang Data Analyst Junior dah boleh mula menyumbang kemahiran.
DML - Data Manupulation Language (data analyst perlu mahir yang ini)
DDL - Data Definition Language
DCL - Data Control Language
TCL - Transaction Control Language
Admin
Untuk menjadi Data Analyst, pastikan kita fokus pada DML dulu -- itupun tak perlu kuasai kesemuanya. Dalam 30% pengetahuan SQL dalam DML tak diperlukan di peringkat awal.
DML (Data Manipulation Langauge) adalah cabang SQL untuk kerja-kerja manipulasi data. Kita boleh membaca, mengubah, menghasilkan yang baru dan menghapuskan data. Kalau anda pernah belajar sedikit SQL, ini adalah arahan SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE.
DDL (Data Definition Language) adalah cabang SQL untuk kerja-kerja membina kerangka data seperti membina table, mengubah table dan lain-lain. Ini adalah arahan seperti CREATE, ALTER, DROP, dan TRUNCATE. Sebelum kita boleh menyimpan data, table perlu dihasilkan dulu dengan column yang diperlukan. Tapi Data Analyst biasanya bekerja dengan data yang sedia ada.
DCL (Data Control Language) adalah arahan yang mengawal akses dan keupayaan pengguna. Ini dah masuk bidang keselamatan juga. Kadang kala arahan SQL untuk fungsi ini berbeza mengikut pangkalan data. Ada yang guna GRANT, REVOKE. Ada yang hasilkan arahan sendiri.
TCL (Transction Control Language) - Kadang-kala kita perlu memberi beberapa arahan tertentu kepada pangkalan data, dan kesemuanya arahan tersebut mesti berjaya, atau kita perlu buat semula arahan tersebut. Contoh dalam pengeluaran wang dari satu akaun ke akaun lain. Akaun penghantar perlu dikurangkan jumlah. Akan penerima perlu ditambah jumlah. Dan mungkin satu rekod transaksi perlu disimpan. Kesemua arahan ini mesti berjaya dan penting untuk sistem. Inilah fungsi transaction dalam SQL.
Admin - Dalam mengendalikan pangkalan data, kita perlukan beberapa operasi untuk mengawal selia, import, export, pengurusan dan lain-lain. Inilah cabang SQL yang terakhir, yang biasanya dikuasai oleh seorang Database Administrator atau DB Admin.
Saya kena disclaimer dulu sikit -- yang lain-lain, DCL, TCL, DDL dan Admin semua pun penting. Takde yang tak penting. Tapi sesetengah bidang tu, cabang SQL tertentu lebih revelen dengan dia.
Contohnya ... DB Admin, pastinya lebih pentingkan kerja-kerja pengurusan pengguna, backup, dan lain. Maka dia perlu lebih menguasai Admin dan DCL.
Seorang Backend Developer perlu kemahiran yang lebih menyeluruh dalam DML. Dia perlu masuk INSERT, UPDATE, DELETE di samping SELECT. Dan dia juga perlu mahir dalam membina table, foreign key, index dan lain-lain dalam DDL.
Untuk Data Analyst, kemahiran DML itu paling penting. Tapi daripada keseluruhan DML ini, yang dia betul-betul kena mahir adalah SELECT. Malahan, tahu tak yang pengetahuan SELECT ni lebih kurang 70% daripada keseluruhan DML. Tapi SELECT hanyalah 40% daripada keseluruhan SQL.
Di ketika lain, Data Analyst boleh cuba menguasai keseluruhan pengetahuan SQL ini -- DML, DCL, TCL, DDL dan Admin. Tapi untuk permulaan dan memberi impak kepada kemahiran...
KUASAI SELECT DULU!
Ini senang sahaja! SELECT ini ada 7 peringkat kemahiran...
SELECT FROM - Asas mendapatkan data
WHERE - Carian & Saringan
ORDER / LIMIT / OFFSET - Susunan dan had data
Fungsi Khusus Asas - UPPER / COALESCE / dsb
GROUP BY - Aggregate Functions
JOIN - Hubungan table
Sub Query - atau Sub-SELECT, SELECT dalam SELECT
Kalau berjaya kuasai 7 peringkat SELECT ni, memang dah hebat. Betul. Data Analyst yang paling pandai pun, 7 ni sahaja dia pakai.
Kalau belajar dengan saya, proses dia macam ni.
Bina Platform - Di sini kita akan membina satu platform untuk pembelajaran kita. Kita perlukan:



Pengetahuan Database - Sebelum kita mula belajar SELECT, kita kena faham dan tahu struktur database. Kita tak perlu membina table dan data-data. Tapi bila kita memahami struktur table, apa column yang ada, jenis-jenis column, hubungan antara table, kita akan dapat menggunakan SELECT dengan lebih tepat.

Latihan SELECT - Di sini kita mula mempelajari 7 tahap pengetahuan dalam SELECT tadi. Dan bersama dengan ini kita akan buat beberapa contoh query untuk mendapat pelbagai jenis data dari pangkalan data. Antaranya:

Data Visualisation - Saya nak mereka yang mula belajar SQL dan Data Analytics memahami di mana dan bagaimana data dari SQL ini akan digunakan. Maka seterusnya kita akan menvisualkan data yang didapati dengan SQL kepada rajah dan diagram yang bermakna. Ada banyak perisian yang boleh bantu seperti Tableau, Metabase, PowerBI, Looker Studio dan sebagainya. Kita akan mulakan dengan yang percuma dan yang paling mudah.

Daripada Kelas Asas SQL ini, saya berharap peserta akan menguasai pelajaran-pelajaran berikut :
| Mengenali beberapa pangkalan data di pasaran |
| Mengenali beberapa perisian database client di pasaran |
| Membina sambungan dari database klien ke pangkalan data |
| Menulis arahan SQL ke pangkalan data melalui perisian database client |
| Memahami bidang dan cabang dalam arahan SQL |
Mengetahui menulis arahan SELECT dengan ciri-ciri tersebut
|
| Membina sambungan ke pangkalan data PostgreSQL di Supabase |
| Memahami struktur pangkalan data merangkumi table dan hubungan antara table |
| Membina sambungan dari Looker Studio ke Supabase sebagai Data Source |
| Menghasilkan rajah dan diagram dalam Looker Studio dengan data dari Data Source |
Kelas ini boleh diikuti dengan sumber-sumber berikut
Video
|
|
Nota
|
Sekiranya anda masih pening dan struggle pasal SQL ni, mungkin ini peluang anda untuk mula memahaminya. SQL ni mudah, lebih-lebih lagi untuk Data Analyst. Cuma mungkin sebelum ni tak mendapat tunjuk ajar yang betul.
Saya tak boleh menjamin yang saya akan terus menjual akses kepada kelas ini. Kita mungkin akan tamatkan jualan bila-bila masa. Jadi sekiranya SQL ini adalah topik yang anda perlu kuasai, jangan lepaskan peluang ini.
PERHATIAN: Ini adalah jualan untuk akses kepada Kelas Zoom yang lepas. Anda akan mendapat akses untuk menonton video tersebut.
Sekiranya anda ragu-ragu dan bertanyakan "Siapakah Iszuddin Ismail?". Izinkan saya perkenalkan diri...
Iszuddin Ismail adalah seorang ...
Di kerjaya yang lalu, Iszuddin banyak menguruskan data, membina laporan dengan Crystal Report, Redash, Excel, termasuklah dengan secara programming dengan Google Charts, dan lain-lain. Data adalah dari sistem penerbitan digital, merangkumi maklumat jualan buku, judul buku, penulis, penerbit, dan lain-lain. Di ketika lain, Iszuddin terlibat untuk membina laporan melibatkan sistem gaji (payroll), sumber manusia, cuti. Bersama Kiddocare, banyak laporan yang diperlukan untuk menunjukkan aktiviti pelanggan. Dalam setiap laporan ini, SQL menjadi senjata utama.
Sekarang Iszuddin menerajui Taming Tech Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat penyedia latihan dalam bidang ICT.


Bersama pengasas Tawk.to, Shankar Karuppiah
Bersama pengasas SilentMode (GetSlurp POS), Reza Razali
CEO MaGIC pada tahun 2019 di Cyberjaya, Dzuleira Abu Bakar
Mewakili E-Sentral.com untuk anugerah Broadband Entrepreneur Award daripada MCMC.