Pra-Daftar untuk Program Bootcamp DevOp & Cloud Engineer

dibawakan oleh KelasProgramming.com

Aplikasi web yang dibangunkan perlu kepakaran DevOp dan juga Cloud Engineering agar ianya dapat dipaparkan kepada umum di Internet. Apatah lagi sekarang di mana rata-rata syarikat seperti Amazon Web Services, Microsoft Azure, Google Cloud Platform, DigitalOcean, Linode dan lain-lain menyediakan pelbagai produk dan kemudahan yang memberikan kelebihan kepada pelanggan mereka. Mereka yang tidak menggunakan “cloud” akan ketinggalan.

Jawatan seperti DevOp, Cloud Engineer dan Site Reliability Engineer (SRE) amat diperlukan untuk memastikan aplikasi dilancarkan menggunakan infrastruktur yang betul dan terbaik. Maka kemahiran memasang server, load balancing, caching, dan lain-lain menjadi amat kritikal kepada organisasi baik di sektor awam mahupun swasta.

Kelas Programming sedang merencana sebuah program bootcamp bagi menyediakan kepakaran dalam bidang ini. Program ini akan berjalan selama 3 ke 6 bulan, secara sambilan, jarak jauh dan online.

Berikut adalah antara kandungan program :

  • Asas Linux Server
  • Konsep HTTP & Web Server
  • Asas Network, IP, Port
  • Git, Github & CI/CD
  • Apache & Nginx
  • Deploy aplikasi PHP & NodeJS
  • Load balancer
  • Ansible
  • Domain & DNS
  • Cloud Server & VPS
  • Cron / Scheduled Tasks
  • Background Services
  • Database Server
  • Terraform
  • Docker & Container

Bagi yang berminat, isi borang di bawah untuk notifikasi terawal

Kami akan mengadakan sesi taklimat secara online tentang kaedah pembelajaran, mentor dan tenaga pengajar, yuran, paltform yang digunakan, silibus dan lain-lain lagi. Pastikan anda mengisi borang dibawah untuk dihubungi tentang taklimat tersebut.

Program ini dikendalikan oleh
KelasProgramming.com
d/a TamingTech Sdn Bhd (201701004303)
321A Lorong Selangor, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur