Ini adalah rakaman taklimat berkenaan program online bootcamp, yang diadakan pada 24 Ogos 2023, jam 9 malam.
Nama saya Razman Sarit. Saya adalah Jurulatih Utama untuk program Online Bootcamp Fullstack Mobile Developer ini.
Bermula September 2023 nanti, saya bersama rakan mentor dan jurulatih lain akan mula memberi tunjuk ajar untuk membina kemahiran anda sebagai Fullstack Mobile Developer.
Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri.
Selain daripada terlibat dengan beberapa projek sistem dan mobile sepanjang 20 tahun pengalaman bekerja, saya juga pernah memenangi beberapa pertandingan hackathon, dan juga seorang Ionic Expert Developer yang diiktiraf oleh Ionic sendiri, dan penceramah dalam bidang ini untuk acara tempatan dan luar negara.
Di samping itu, saya juga berpengalaman menyampaikan latihan dan telah melatih melebihi 300 orang pelatih dalam bidang pembangunan aplikasi mobile dan programming.
Sebelum kita pergi lebih jauh, elok saya perjelaskan — Apa itu Fullstack Mobile Developer?
Untuk memahami ini, kita perlu tahu bagaimana aplikasi mobile berfungsi.
Setiap aplikasi yang dibina sekarang ini pasti mempunyai dua komponen ini :
Dengan kedua-dua komponen ini, baru aplikasi mobile dapat berfungsi dengan sempurna.
Dan dengan kedua-dua kemahiran ini, dia dipanggil Fullstack Developer. Dia juga akan menjadi rebutan banyak pihak dan syarikat dari luar dan dalam negara.
Jadi dalam online coding bootcamp ini, inilah yang akan kami ajar dan sampaikan kepada anda.
Ionic adalah sebuah kerangka (framework) dengan yang berasaskan HTML, CSS dan JavaScript untuk pembangunan aplikasi mobile, desktop dan juga web. Sekiranya anda ada pengalaman dengan pembangunan web, proses pembelajaran anda akan jadi sangat mudah. Sekiranya tidak, itu juga tidak menjadi masalah. Kita akan bantu sebaiknya.
Ionic menjadi pilihan banyak syarikat dalam proses pembangunan aplikasi mereka kerana programmer mereka boleh mengguna kemahiran sedia ada (web) untuk membangunkan aplikasi. Ia juga membuatkan proses pembangunan lebih pantas.
Dengan komponen CapacitorJS daripada Ionic sendiri, dengan hanya HTML, CSS dan JavaScript aplikasi anda boleh dijadi aplikasi mobile terus untuk kedua-dua platform iOS dan Android.
Syarikat gergasi seperti Southwest Airlines, Airbus, General Electrics dan banyak lagi adalah antara yang mengguna Ionic sebagai platform pembangunan aplikasi mobile mereka.
Laravel adalah kerangka (framework) berasaskan bahasa pengaturcaraan PHP, yang digunakan untuk pembangunan backend web. Laravel adalah kerangka yang terkemuka dengan jutaan pengguna seluruh dunia. Banyak aplikasi web, baik sebagai Server API mahupun aplikasi web telah dibangunkan menggunakan Laravel.
Dengan Laravel ini, kita akan bangunkan Server API yang akan menerima login daripada aplikasi mobile, berinteraksi dengan pengkalan data untuk menyimpan, mengubah, menghapus, mendapatkan dan kemudian memaparkan data kembali ke aplikasi mobile.
Antara laman web dan organisasi yang menggunakan Laravel adalah seperti Weibo, Podium, Web.com, dan banyak lagi.
Bootcamp biasanya merujuk kepada kursus intensif yang padat. Ia akan menguji keupayaan mental dan fizikal pelatih, seperti kursus kelayakan komando dan tentera elit.
Online Coding Bootcamp kami bukanlah seperti latihan komando, namun untuk menghasilkan full stack mobile developer yang berkemahiran dalam tempoh 12 minggu, ia padat dengan sesi pembelajaran dan latihan.
Maka pelatih yang menyertai program ini mesti mempunyai motivasi dan komitmen yang tinggi.
Tapi jika anda betul-betul mahu menjadi seorang full stack mobile developer – kami boleh bantu.
Kami faham tentang tuntutan gaya hidup zaman sekarang. Sebab itu kami cuba seimbangi dengan keperluan kehidupan dan program ini.
Sebab itu kami laksanakannya secara online dan part-time.
Walaupun demikian, usaha yang gigih masih diperlukan daripada pelatih. Kita ada jadual dan tugasan mingguan yang perlu disempurnakan pelatih, agar perjalanan program mengikut jadual yang telah dirancang.
Pelatih mesti bersedia untuk meluangkan 1 ke 2 jam setiap hari untuk program ini.
Selain itu, kita akan terapkan juga komponen berikut sepanjang program :
Kelas Live Online
Setiap minggu, kita akan adakan 2 ke 3 kelas live secara online. Ia akan dilaksanakan menggunakan Zoom atau apa-apa teknologi yang sesuai. Pelatih wajib hadir atau menonton rakaman selewat-lewatnya pada keesokan hari.
Study Group
Setiap pelatih akan diletakkan dalam sebuah Study Group. Study Group perlu membuat pertemuan online sekali setiap minggu. Setiap Study Group akan dianggotai oleh 4 ke 5 pelatih.
Kumpulan Mentor
Setiap 3 Study Group akan menerima seorang mentor. Kumpulan Mentor perlu membuat pertemuan online setiap 2 minggu.
Tugasan Mingguan
Setiap minggu ada tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar.
Projek Akhir
Anda akan diberikan tugasan seperti mana seorang full stack web developer di sebuah syarikat, dan perlu membangunkan aplikasi yang telah dirangka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Bahasa Melayu
Program online coding bootcamp ini akan disampaikan menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami.
Belajar bersama study group terbukti dapat membantu proses pembelajaran.
Bagi seorang guru, walaupun dia bijak, pandai dan berkemahiran, kadang-kala dia lupa dan hilang empati sebagai seorang pelatih. Dia lupa apakah cabaran seorang pelatih hadapi untuk memahami sesuatu pelajaran baru.
Namun mungkin tidak sesama pelatih sendiri. Sebagai contoh, Ali mungkin baru memahami topik HTML. Dia masih ingat :
Dan pengalaman dan pengetahuan Ali tentang ini dapat membantu pelatih lain. Sebab itu kami terapkan Study Group dan mewajibkan pertemuan mingguan.
Selain daripada itu :
Program akan dijalan seperti berikut :
Tempoh : 12 minggu
Sesi : 20 sesi (1-2 sesi seminggu)
Mula : awal September 2023
Tamat : awal November 2023
Berikut adalah yuran yang dikenakan oleh pihak lain untuk program-program seumpama ini
G Academy
N Academy
A Academy
Diploma di IPTA
Harga untuk mengikuti online coding bootcamp Fullstack Mobile Developer hari ini.
* Template dan source code memberikan anda akses ke template Ionic seperti halaman login, tema, dan lain-lain lagi yang memudahkan proses pembangunan web.
Untuk pembayaran melalui syarikat, agensi kerajaan atau LO, sila berhubung dengan hq@tamingtech.my atau +60 13-446 4601 (WhatsApp)
Bersama dengan penyertaan anda ke program online bootcamp ini, kami akan hantarkan satu set barangan CODE FOR LIFE yang turut mengandungi t-shirt, buku nota, pelekat dan lain-lain lagi.
Berikut adalah jurulatih dan mentor yang akan bersama anda dalam program 12 minggu ini.
Razman akan menjadi Jurulatih Utama sepanjang program bootcamp ini. Selain daripada tenaga pengajar, Razman juga bekerja secara remote dengan syarikat luar negara sebagai Ionic Developer.
Walaupun tanpa ijazah, Bishen berkhidmat sebagai senior software engineer di syarikat kejuruteraan kimia. Beliau telah menimba pengalaman dalam pelbagai projek sejak 15 tahun dahulu.
Shahrin telah membina banyak aplikasi mobile dengan Ionic menggunakan Laravel sebagai backend. Sekarang berkidmat dalam syarikat telekomunikasi.
Zaffran sekarang berkhidmat dengan syarikat agensi web dan berpengalaman membangunkan web dan aplikasi mobile.
Rasul mempunyai pengalaman yang meluas dalam pembangunan sistem untuk pihak kerajaan dan swasta, dan sekarang membangunkan syarikat ITnya sendiri.
Boleh. Kami mengutamakan komitmen dan semangat. Selain daripada itu, peserta mesti sudah mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai Zoom call, menggunakan keyboard dengan baik.
Namun, anda perlu sedar bahawa usaha yang lebih gigih mungkin diperlukan dan ini terletak kepada pelatih itu sendiri.
Kami menerima pelatih seawal 16 tahun pada tahun semasa.
Ya. Rakaman daripada Kelas Live akan dimuatnaik secepat mungkin pada hari yang sama. Namun, kita perlukan mereka yang tidak dapat mengikuti kelas live menonton rakaman pada hari yang sama, atau selewat-lewatnya keesokan hari untuk terus mengikuti program dan tidak keciciran.
Boleh, tetapi anda mestilah seseorang yang biasa dengan kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai Zoom call, menggunakan keyboard dengan baik.
Kami mengalu-alukan penyertaan pegawai kerajaan. Kami boleh menerima pembayaran melalui Local Order (LO) dan E-Perolehan.
Sila berhubung dengan Mazlina melalui email hq@tamingtech.my atau telefon +60 13-446 4601 (WhatsApp) atau +603-2332 9466.
Ini juga adalah risalah PDF untuk memudahkan cadangang perolehan kepada bahagian latihan.
Risalah Mobile Developer Bootcamp (Ionic & Laravel) (317 downloads )
Kami mengalu-alukan penyertaan pihak swasta. Kami boleh mengeluarkan sebutharga dan invois mengikut keperluan.
Sila berhubung dengan Mazlina melalui email hq@tamingtech.my atau telefon +60 13-446 4601 (WhatsApp) atau +603-2332 9466.
Ini juga adalah risalah PDF untuk memudahkan cadangang perolehan kepada bahagian latihan.
Risalah Mobile Developer Bootcamp (Ionic & Laravel) (317 downloads )
Maaf, penyertaan kepada program ini tidak boleh dibuat melalui tuntutan HRD Corp / HRDF.
Boleh. Klik pada Bayaran Ansuran selepas bahagian Yuran di atas.
Anda akan membuat bayaran pertama, diikuti oleh 3 bayaran lagi yang mesti dilangsaikan di hujung setiap bulan.
Boleh. Namun kelas akan diadakan mengikut waktu Kuala Lumpur. Rakaman setiap kelas akan dibuat untuk rujukan dan kemudahan semua peserta.
Program online bootcamp ini dianjurkan oleh KelasProgramm.com yang dimiliki oleh
Taming Tech Sdn Bhd1218468X
321A, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur