Terima kasih kerana mendaftar untuk Virtual Bootcamp Laravel daripada KelasProgramming.com.
Sila baca panduan ini dengan teliti agar saudara/i dapat mengikuti program Virtual Bootcamp Laravel ini dengan lebih lancar.
Di KelasProgramming.com, selepas anda login, saya ada menyediakan ruang khas untuk program ini. Di menu atas, sepatutnya kelihatan pilihan untuk Ruang Virtual Bootcamp Laravel. Klik pada menu itu. Atau anda boleh ke alamat berikut selepas login.
Ruang Virtual Bootcamp Laravel
Video dan maklumat terkini ada dikemaskini di halaman ini.
Sekiranya anda masih belum menyertai kami di Telegram, gunakan URL dibawah untuk menyertai kami di sana. Telegram akan digunakan sebagai salah satu medium komunikasi antara KelasProgramming.com dan juga peserta.
Program Virtual Bootcamp Laravel ini dirangka bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti program ini secara sambilan. Oleh demikian, berikut adalah jadual kelas yang akan berlangsung.
November 2021 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ahad | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7
10am - 4pm |
8 | 9 | 10
8pm - 10pm |
11 | 12 |
11 10am - 4pm |
14 | 15 | 16 | 17
8pm - 10pm |
18 | 19 | 20
10am - 4pm |
21 | 22 | 23 | 24
8pm - 10pm |
25 | 26 | 27
10am - 4pm |
28 | 29 | 30 | 1
8pm - 10pm (Disember) |
2 | 3 | 4
10am - 4pm (Disember) |
Video pembelajaran live akan disampaikan mennggunakan YouTube live. Video ini boleh ditonton melalui :
Video rakaman daripada kelas live akan dimuatnaik secepatnya, seawal keesokan hari. Video rakaman boleh didapati di Ruang Virtual Bootcamp Laravel di portal KelasProgramming.com.
Belajar programming secara online memang mencabar. Lebih mencabar lagi apabila kita nak belajar secara online.
Jadi saya sarankan saudara/i mendapatkan monitor kedua agar dapat menonton kelas menggunakan monitor kedua, dan mengikuti kelas menggunakan monitor utama. Kebanyakan laptop boleh dipasang monitor kedua, dan boleh juga menggunakan TV dengan sambungan HDMI.
Alternatif lain, boleh juga gunakan laptop berasingan; satu untuk menonton video, lagi satu untuk mengikuti tunjuk ajar kelas.
Ini adalah saranan saya. Sekiranya tidak dapat, buatlah apa yang sebaiknya.
Saya menyarankan pembentukan study group. Kadang kala, antara peserta lebih memahami cabaran yang dihadapi.
Selain daripada itu, pembelajaran bersama study group juga memaksa kita untuk terus belajar, dan tidak ketinggalan sepanjang program.
KelasProgramming.com akan membentuk ahli kumpulan secara rawak. Email berkenaan ahli kumpulan akan dihantar secara email. Apa yang sepatutnya dilaksanakan dalam kumpulan?
Walaupun KelasProgramming.com membentuk ahli kumpulan anda, kumpulan study group ini adalah diuruskan oleh ahli dan peserta sendiri.
Maka terpulang kepada peserta dan ahli sekiranya mahu bertukar kumpulan dan lain-lain urusan.
Setiap kumpulan sewajarnya ada 4 hingga 6 orang ahli sahaja.
Selain daripada di Telegram, di portal KelasProgramming.com juga ada ruang Diskusi. Satu kategori khas telah disediakan untuk program Virtual Bootcamp Laravel ini. Sebaiknya semua hal berkaitan program ini, termasuk tentang ahli kumpulan dibuat dalam kategori tersebut.
Apa-apa hal berkaitan kandungan program, masalah dalam mengikuti kelas, isu dalam pembelajaran, bolehlah dibincangkan di :
Sebuah projek oleh
TamingTech Sdn Bhd (201701004303)
239A Jalan Bandar 13, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.