Pra-Daftar untuk Fullstack Mobile Developer Online Coding Bootcamp dengan Ionic & Laravel

Kemahiran membina aplikasi mobile menjadi satu kemahiran yang mahal. Ionic framework digabungkan dengan Laravel (sebagai backend) boleh membantu anda membina aplikasi untuk organisasi mahupun untuk umum dengan baik dan pantas.

Ionic membolehkan anda menggunakan kemahiran teknologi web seperti HTML, CSS dan JavaScript untuk membangunkan aplikasi mobile. Dengan kemahiran ini, anda juga boleh menggunakannya untuk membangunkan aplikasi desktop dan juga web. 

Kenapa Ionic?

Dikatakan oleh pihak Ionic sendiri, “A bet on the web is a bet you can’t lose.”

Teknologi web seperti HTML, CSS, dan JavaScript adalah teknologi yang dibangunkan ramai pihak dengan telus. Daripada terpaksa berubah-ubah mempelajari teknologi baru, mengkhususkan kemahiran kepada teknologi yang lebih stabil adalah pilihan yang lebih baik.

Program ini adalah program bimbingan online coding bootcamp yang dianjurkan secara remote, online, part-time dan dengan pengantaraan bahasa Melayu

Bersama Razman Sarit (Ionic Developer Expert), dan rakan-rakan mentor, anda akan diajar dari peringkat awal membina sebuah aplikasi mobile, membina backend dengan Laravel dan terus menerbitkan aplikasi ke Google Play dan Apple Appstore.

Maklumat Program

Tarikh
September 2023

Tempoh
12 minggu

Pra-Daftar untuk Taklimat Online

Kami akan mengadakan sesi taklimat secara online tentang kaedah pembelajaran, mentor dan tenaga pengajar, yuran, paltform yang digunakan, silibus dan lain-lain lagi. Pastikan anda mengisi borang dibawah untuk dihubungi tentang taklimat tersebut.

 

Program ini dikendalikan oleh
KelasProgramming.com
d/a Taming Tech Sdn. Bhd.
321A Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur