KELAS MALAM INTENSIF LARAVEL

Belajar Laravel Secara Live Dan Online

Kelas bermula 22hb April hingga 17hb Mei 2024

Dalam Kelas Malam Intensif Laravel Selama 4 Minggu Ini, Kita Akan Bina Sebuah Aplikasi Web Bersama Supaya Kita Belajar Dengan Konteks Dan Bukan Sekadar Teori

Tarikh Akhir Pendaftaran : Isnin, 8 April 2024

Cikgu Iszuddin Ismail

Tonton penerangan penuh tentang program Kelas Malam Laravel daripada Iszuddin Ismail

Kenapa susah sangat nak faham Laravel ni?

Memang! Laravel ni memang terlalu banyak konsep baru dan asing yang kita perlu tahu sebelum boleh menggunakannya dengan baik.

Saya pun dulu malas nak belajar Laravel ni.

Laravel semakin menjadi “industry standard” dalam pembangunan web dengan PHP. Rata-rata jawatan kerja untuk PHP akan mencari kemahiran dalam Laravel. Malah, di tempat kerja juga, kerajaan dan swasta kini lebih gemar menggunakan Laravel framework dalam pembangunan aplikasi web.

Adakah anda masih ketinggalan?

Ya, saya faham. Laravel ni susah sikit nak faham bagi yang kurang berkemahiran. Malahan, ada programmer PHP yang dah bertahun pengalaman susah nak mula memahami Laravel.

Laravel mengetengahkan terlalu banyak konsep-konsep yang mungkin asing bagi programmer PHP yang biasa. Antaranya …

Laravel menggunakan konsep MVC atau Model-View-Controller. Ini OK bagi yang pernah menggunakan framework lain seperti Codeigniter, Yii, Symfony. Akan tetapi ramai yang ada pengetahuan MVC ini juga masih keliru dengan konsep-konsep lain dalam Laravel
Kita akan banyak menggunakan terminal, DOS atau command line dengan utiliti seperti Composer dan Artisan
Dengan Laravel, kita wajib memahami Namespacing dan Autoloading
Membina rekabentuk web kini menggunakan sintaks Blade
Pengurusan pengkalan data kini dibuat dengan Migration
Mengakses database atau model menggunakan Eloquent
Struktur asas projek kini ada folder /public
Utiliti Artisan itu sendiri banyak kegunaan dan fungsi seperti penjanaan kod untuk Model dan Controller
Laravel tiada struktur alamat lalai (default) seperti Codeigniter. Kesemua alamat perlu ditetapkan dalam Route.
Cara menghantar email yang berbeza daripada kod yang biasa kita guna, di mana setiap email akan ada Class mereka tersendiri.
Laravel ada beberapa kaedah dan konsep untuk authentication dengan Breeze, Fortify, Passport, dan Sanctum. Nak guna yang mana? Macam mana caranya?
Bagaimana cara untuk debugging dalam Laravel
Apa itu Service Provider, Facade, Helpers?
Dan itu belum kita menyentuh lagi pelbagai produk dan pakej dalam persekitaran Laravel itu sendiri seperti Homestead, Valet, Jetstream, Horizon, Envoy, Dusk, Octane, Sail, Scout, Socialite dan bermacam-macam lagi …

Saya faham sangat… Saya sendiri sebenarnya lambat beralih kepada Laravel. Kenalan dan kawan-kawan semua dah beralih ke Laravel. Saya masih gunakan Codeigniter.

Antara sebabnya, Laravel ni kena guna Composer. Saya adalah pengguna OS Windows. Dan nak install Composer ni bukannya boleh terus pasang dan siap. Perlu beberapa tetapan manual. Lepas tu, Composer ni adalah utiliti yang dijalankan di terminal atau DOS. Saya rasa leceh sangat nak bertukar-tukar antara code editor dan juga terminal bila buat kerja, dan terpaksa taipkan arahan-arahan tertentu di skrin hitam.

Selain daripada tu, projek yang dibangunkan dengan Laravel ni bukannya boleh kita upload ke server dan dia akan terus jadi. Tidak… Di server juga perlukan Composer lagi sekali. Dalam kebanyakan kes, kita tak boleh gunakan hosting berkongsi (shared hosting). Mungkin sekarang ada shared hosting yang boleh, tapi satu ketika dulu, begitulah keadaannya.

Akan tetapi, apabila saya betul-betul mendalami Laravel, memang banyak perkara dalam pembangunan web dengan PHP jadi mudah… mudah sangat!

Maka dengan pengalaman pembelajaran saya ini, saya ingin anda untuk turut meningkat kemahiran dalam bidang ini — supaya anda tidak ketinggalan lagi.

  • Kawan-kawan lain semua dah mula pakai Laravel kan?
  • Ataupun di pejabat terpaksa terlibat dengan projek Laravel?
  • Atau ada idea nak bina startup sendiri?

Saya rasa dah mula masa… anda pun tidak boleh ketinggalan lagi.

KELAS MALAM INTENSIF LARAVEL

Izinkan saya bantu anda dengan bimbingan kelas malam intensif selama 4 minggu menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami.

Bermula 22 April, saya akan mulakan satu siri latihan sambilan yang mengambil masa selama 4 minggu, yang saya panggil Kelas Malam Intensif Laravel Bersama Iszuddin Ismail (sayalah tu).

Kelas Malam Intensif Laravel ini diolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut.

Program Sambilan

Peserta mungkin terdiri daripada mereka bekerja sepenuh masa, maka program ini sesuai dibuat secara sambilan (tetapi perlu beri fokus dan perhatian)

Bermula Dari Asas

Tahap peserta yang mungkin terlalu baru dengan dunia web programming, maka kami saya sediakan beberapa video tutorial awal untuk bantu anda memahami beberapa topik asas seperti HTML, CSS PHP & JavaScript berjumlah lebih 10 jam tontonan.

Bahasa Melayu

Penyampaian dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan sumber rujukan Laravel ni dalam bahasa Inggeris, yang mungkin menjadi penyebab kenapa ramai sukar untuk memahaminya selama ini.

Bagaimana Kelas Malam Intensif Laravel Ini Akan Dijalankan?

Portal Peserta

Portal peserta disediakan untuk kandungan dan makluman penting untuk peserta. Ianya menjadi ruang rujukan utama untuk perjalanan program.

Kelas Online

Portal peserta disediakan untuk kandungan dan makluman penting untuk peserta. Ianya menjadi ruang rujukan utama untuk perjalanan program.

3 Kelas Seminggu

Kelas utama diadakan 3 kali seminggu pada waktu malam. Ini dirangka agar memudahkan peserta yang bekerja dan mengikuti program secara sambilan.

Video Asas HTML, CSS, PHP & JavaScript

Bagi yang betul-betul bermula dari kosong, pelajari asas yang diperlukan dengan video Asas HTML, CSS, PHP dan JavaSscript berjumpa lebih 10 jam.

Study Group

Peserta akan dipecahkan kepada kumpulan study group untuk perbincangan sesama peserta. Kadang kala lebih mudah belajar dari rakan yang belajar bersama kerana rakan masih ingat dan memahami cabaran yang dihadapi oleh seorang yang baru belajar.

Ruang Diskusi (Forum)

Untuk perbincangan umum, atau topik dan persoalan yang ingin dicadangkan untuk Kelas Ulangkaji, kita ada ruang Diskusi di dalam portal peserta.

Rakaman Setiap Kelas

Kelas berjalan secara langsung. Namun, rakaman akan dimuatnaik secepat mungkin di ruang Portal Peserta. Video rakaman diletakkan pada infrastruktur terbaik agar dapat ditonton dengan lancar.

Nota Rujukan

Nota kelas disediakan untuk rujukan pantas peserta. Nota merangkumi topik-topik penting dalam Laravel.

Apa Yang Akan Dipelajari?

Orang kata, nak belajar berenang, kena terjun dalam air.  

Itulah yang kita akan buat. Untuk belajar sesuatu supaya kita ingat dan faham, kena ada konteks. Sebagai contoh, untuk memahami konsep fotosintesis oleh tumbuhan, cara yang terbaik adalah dengan bercucuk tanam.

Maka untuk mempelajari Laravel ini, kita akan terus mula membina sebuah projek.

Peserta akan bersama-sama dengan saya dan membina sebuah aplikasi web menggunakan Laravel.

Ini semua akan kita lalui bersama selama 4 minggu.

Minggu 1

Pengenalan & Asas

Minggu 2

Fungsi Admin

Minggu 3

Fungsi Pengguna

Minggu 4

Kekemasan & Deploy

Kalendar Kelas Malam Intensif Laravel

April 2024
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 8pm - 10pm 11 12 13
14 15 16 17 8pm - 10pm 18 19 20
21 22 9pm - 11pm 23 24 9pm - 11pm 25 26 9pm - 11pm 27
28 29 9pm - 11pm 30 1 9pm - 11pm 2 3 9pm - 11pm 4
5 6 9pm - 11pm 7 5 9pm - 11pm 9 10 9pm - 11pm 11
12 13 9pm - 11pm 14 15 9pm - 11pm 16 17 9pm - 11pm 18

KENALI TENAGA PENGAJAR ANDA

Siapa Iszuddin Ismail

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Mungkin saya patut mulakan ini dahulu. Saya Iszuddin Ismail. Saya akan menjadi tenaga pengajar utama untuk program Kelas Malam Intensif Laravel ini. Kita akan banyak meluangkan masa bersama kelak.

Sejak 2001 setelah menamatkan ijazah sarjana muda di UTM dalam bidang Sains Komputer, saya telah terlibat dengan pelbagai projek web. Sebahagiannya adalah projek peribadi. Ada yang untuk majikan. Dan ada yang saya bina untuk pelanggan.

Beberapa Projek Lepas

Antaranya… Saya pernah berkhidmat sebagai CTO di Kiddocare, membantu startup tersebut membangunkan sistem backend dan aplikasi mobile untuk perkhidmatan babysitter secara dalam talian.

Sebelum daripada itu, saya juga adalah CTO di E-Sentral.com dan membangunkan portal tersebut bersama beberapa aplikasi web sokongan untuk kegunaan dalaman dan juga penerbit. Saya di E-Sentral dari 2011 hingga 2018.

Sebelum adanya Gumroad, saya telah membangunkan UploadNSell.com yang membantu ribuan pengkarya digital dari seluruh dunia menjana pendapatan melalui Internet. Projek ini telah saya jual pada 2011.

Saya juga telah membina sebuah produk bernama DIPPEC berasaskan PHP, yang boleh dipasang di laman web sendiri untuk pengurusan jualan produk digital. Projek ini telah saya jual kepada sebuah syarikat di Belgium.

Sebuah produk yang telah saya bangunkan untuk pelanggan juga adalah Timesheet Management System untuk kegunaan syarikat perunding dengan business model menjual kepakaran mengikat jam (manhours) kepada pelanggan. Ini biasanya syarikat kejuruteraan dengan projek pembangunan pelantar minyak untuk pelanggan.

Mengajar PHP & Web Programming

Selain daripada itu, antara minat saya dari dahulu adalah mengajar programming. Sejak 2001 saya telah menulis artikel dan tutorial dalam bidang programming seperti yang di Kengkawan.com.

Saya juga pernah menganjurkan latihan PHP dan HTML bersama ahli komuniti sejak 2004 lagi. Antaranya bersama komuniti Kengkawan.com, Sifoo.com dan juga kini bersama JOMWEB.

Saya juga menjadi penceramah dan jurulatih PHP, MySQL dan Web Programming bagi beberapa agensi seperti Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Universiti Malaya, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, PERKESO dan lain-lain.

Kini, saya adalah penganjur acara JOMLAUNCH untuk komuniti JOMWEB yang menghimpunkan programmer dan penggiat ICT tanahair.

Kelebihan Mereka Yang Mahir Laravel

Ada 3 peluang bagi mereka yang berkemahiran dengan Laravel :

  1. Peluang memajukan diri dalam kerjaya
  2. Peluang pendapatan sampingan dengan freelancing
  3. Peluang membina startup sendiri ataupun projek peribadi

Sekiranya anda memang tahu PHP, maka anda memang tahu Laravel sudah menjadi seperti “industry standard” dalam dunia PHP. Rata-rata majikan memang mencari PHP programmer dengan kemahiran Laravel.

Kalau bukan untuk kemajuan dalam kerjaya dan kerja sepenuh masa pun, atas sebab permintaan yang tinggi untuk kemahiran ini, banyak syarikat yang menawarkan kerja secara sambilan ataupun freelance yang boleh dibuat di luar waktu kerja biasa.

Banyak syarikat yang perlukan pelbagai jenis sistem untuk operasi perniagaan mereka. Tetapi mereka tak mampu untuk menggajikan programmer sepenuh masa, dan mereka juga khuatir kos yang terlibat sekiranya mengupah syarikat agensi untuk membangunkan sistem yang diperlukan. Dan ini membuka peluang kepada programmer freelance yang boleh menawarkan khidmat dengan kadar yang lebih mampu bagi syarikat kecil dan sederhana.

Mungkin upahnya lebih murah, tetapi ada programmer freelance ini boleh mendapatkan upah dari RM1,000 hingga RM5,000 sebulan secara sambilan.

Kita juga boleh menawarkan khidmat di Upwork, Freelancer, Fiverr, Workana dan lain-lain platform freelancing, dan menjana pendapat dalam US dolar.

Dan akhir sekali, seperti mana saya yang telah menyiapkan dan menjual UPLOADnSELL.com dan juga DIPPEC.com, anda juga berpeluang berbuat begitu sekiranya anda tahu bagaimana membina sebuah aplikasi web dari awal hingga siap.

Kalau ada idea untuk aplikasi, bangunkan sendiri. Tak perlu upah programmer.

Jadi, virtual bootcamp ini memang amat sesuai untuk mereka yang

  • dah tahu PHP dan ingin memajukan diri dengan kemahiran Laravel
  • betul-betul baru belajar web programming, mulakan dengan PHP dan kemudian terus ke Laravel. Kita ada sediakan beberapa siri video crash course untuk mula memahami PHP, HTML & CSS.

Testimoni Program-Program Terdahulu

Kelas Malam Intensif Laravel

Program Bimbingan Online Selamat 4 Minggu Bersama Iszuddin Ismail Dari 22hb April Hingga 17hb Mei 2024

Tiga (3) kali kelas seminggu secara online
Kelas secara virtual menggunakan platform online
Setiap Isnin, Rabu & Jumaat, 9pm hingga 11pm

Objektif dan tugasan jelas untuk setiap minggu

Video rakaman akan dimuatnaik selepas setiap kelas
Bagi yang tidak dapat menghadiri kelas secara langsung, boleh menonton rakaman. Rakaman boleh ditonton sehingga 30 hari sahaja selepas program.

Nota Kelas Laravel (PDF) – 99 mukasurat

Kumpulan Study Group

Akses ke portal peserta
Ruang diskusi
Ruang rakaman video 

Video Tutorial : Asas HTML, CSS & PHP
18 video, 3 jam, 39 minit, Slides PDF

Video Tutorial : Asas JavaScript
41 video, 7 jam, 40 minit, 130 m/s Slides PDF

Kumpulan Perbincangan Telegram

Sijil Digital

Tarikh Akhir Pendaftaran : Isnin, 8 April 2024

hari
jam
minit
saat
Pendaftaran Sudah Ditutup

Harga biasa RM 690

Atau … tambahkan sekali
Pakej Sokongan, Mentoring & Rakaman

Harga biasa RM690 + RM490 = RM1180

Akses 1 Tahun ke Rakaman Selepas Program
Peserta mendapat akses ke rakaman program sehingga 1 tahun selepas program.

Khidmat Mentoring & Sokongan Selama 3 Bulan
Akses ke Group Telegram khas untuk membantu peserta dalam projek yang mereka sedang bangunkan.

Hanya untuk pelanggan sedia ada. Daftar untuk Virtual Bootcamp Laravel pada harga istimewa RM90 sahaja

Harga untuk umum adalah RM490 - harga promosi RM190

Pendaftaran pelanggan sedia ada dengan harga promosi dibuka sehingga 25 Oktober 2021 sahaja.

Nota: Apakah beza antara Kelas PHP Codeigniter dan Kelas Laravel?

Kelas Laravel 8

Ini adalah siri video tutorial yang menerangkan Laravel 8 dari topik ke topik. Ianya bukan rakaman daripada program bootcamp online. Pakej Kelas Laravel 8 ini sangat sesuai dijadikan rujukan kepada Virtual Bootcamp Laravel ini.

Kalau boleh saya andaikan, kalau Kelas Laravel 8 yang ada di Kelas Programming, adalah buku teks, maka Virtual Bootcamp Laravel adalah kelas amalinya.

Saya sarankan mengambilnya bersama dengan Virtual Bootcamp Laravel.

Pakej Kelas Laravel mengandungi 18 video, berdurasi 7 jam & 20 minit.

Kelas PHP Codeigniter

Pada April 2021 lepas, saya telah menganjur sebuah program hampir serupa seperti ini, tetapi ianya menggunakan Codeigniter 4. Program ini turut merangkumi topik penting seperti Asas SQL, Asas Git dan Gitlab, Bootstrap CSS dan lain-lain.

Pakej Kelas PHP Codeigniter ini adalah rakaman kepada kelas saya pada April yang lepas. 

Ianya mengandungi 20 video dengan durasi 26 jam & 18 minit.

Jaminan Wang Dikembalikan

Cuba Kelas Malam Intensif Untuk Minggu Pertama… Kalau Tak Suka, Saya Kembalikan Wang Sepenuhnya.

Saya yakin pembelajaran secara bimbingan online sebegini akan dapat memberi impak kepada pembelajaran anda. Anda akan dapat sokongan daripada kami di Kelas Programming dan juga bersama rakan kuliah. Selain daripada itu, sekiranya kesibukan dan tidak dapat bersama secara live, video rakaman kuliah juga akan disediakan. Anda boleh mengikuti program ini mengikut kesesuaian masa anda.

Tapi… kalaulah anda masih tak yakin, izinkan saya permudahkan keputusan anda. Buat pendaftaran sekarang selagi kami masih menerima penuntut untuk program ini. Memang program sebegini laku keras dan akan penuh dengan pantas. Jadi apa kata daftar dulu sekarang. Kemudian cuba dua kelas pertama, iaitu kelas hari Sabtu dan kelas hari Rabu. Kalau anda tak suka, atau rasa tak sesuai, atau tiada keserasian, atau menyampah tengok muka cikgu yang tak hensem, email sahaja kami sebelum bermulanya kelas ke-3, dan kami akan pulangkan wang anda spenuhnya.

Peringatan: Tempat Terhad Dan Program Sebegini Biasanya Terjual Dengan Pantas

Bukan niat kami untuk menakut-nakutkan anda, tapi program sebegini yang kami buat di waktu lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. Dan atas sebab cara penyampaian virtual bootcamp secara langsung sebegini, kami hanya boleh menerima jumlah peserta yang terhad. Apabila ianya telah penuh, kami akan menutup pendaftaran.

Jadi saya sarankan anda daftar sekarang juga. Jangan tunggu esok.

Tarikh Akhir Pendaftaran : Isnin, 8 April 2024

hari
jam
minit
saat
Pendaftaran Sudah Ditutup

Harga biasa RM 690

Atau … tambahkan sekali
Pakej Sokongan, Mentoring & Rakaman

Harga biasa RM690 + RM490 = RM1180

Akses 1 Tahun ke Rakaman Selepas Program
Peserta mendapat akses ke rakaman program sehingga 1 tahun selepas program.

Khidmat Mentoring & Sokongan Selama 3 Bulan
Akses ke Group Telegram khas untuk membantu peserta dalam projek yang mereka sedang bangunkan.

Hanya untuk pelanggan sedia ada. Daftar untuk Virtual Bootcamp Laravel pada harga istimewa RM90 sahaja

Harga untuk umum adalah RM490 - harga promosi RM190

Pendaftaran pelanggan sedia ada dengan harga promosi dibuka sehingga 25 Oktober 2021 sahaja.

Baik, akhir kata…

  • sekiranya anda rasa ketinggalan kerana masih belum dapat tangkap framework Laravel ini
  • sekiranya anda perlu membangunkan aplikasi web dengan Laravel, baik untuk kerja, projek akhir tahun, atau projek peribadi
  • sekiranya anda mahu mendapatkan peluang dan memjana pendapatan sambilan sebagai freelancer

maka pertimbangkan Kelas Malam Intensif ini sebagai titik mula anda.

Laravel bukan sahaja membantu dari aspek kerjaya dan kewangan, malah juga membantu menjadikan anda programmer yang lebih baik, dan lebih produktif. Menggunakan Laravel projek anda akan lebih kemas dan tersusun. Malah dengan cara yang betul, projek juga dapat dibangunkan dengan lebih pantas.

Itu sahaja daripada saya. Kita jumpa di dalam kelas kelak…

Iszuddin Ismail

Guru Besar
Kelas Programming

p.s. ~ Jangan lupa ya, tempat terhad. Ada baiknya, daftar sahaja sekarang untuk booking tempat anda dalam Virtual Bootcamp Laravel ini.

Sebuah program daripada
KelasProgramming.com
d/a Taming Tech Sdn Bhd
321A, Tingkat 1, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur