Pendaftaran ditutup sementara waktu untuk memberi ruang kepada sesi kelas yang sedang berlangsung. Daftarkan diri anda untuk makluman apabila pendaftaran untuk sesi baru dibuka.
Sesi Bermula Sabtu, 20 Mac 2021
Jadi... nak belajar macam mana nak membangunkan aplikasi web dengan PHP? Laraval? Codeigniter, Composer, Bootstrap, HTML, CSS ... semua ni terlalu memeningkan?
Dah cuba?
Terasa terlalu susah dan nak putus asa?
Saya mungkin tahu kenapa anda masih gagal untuk memahami web programming...
Izinkan saya untuk perkenalkan pendekatan yang berbeza.
KelasProgramming.com dijalan secara online, sesuai untuk peserta dari jauh dan dekat. Dan boleh diikuti mengikut waktu kesesuaian sendiri.
Peserta akan dipecahkan kepada kumpulan agar mereka turut belajar sesama sendiri. Kadang kala lebih mudah untuk kita pelajari sesuatu daripada rakan seperguruan daripada guru itu sendiri.
Peserta akan melihat dan mengikuti bagaimana sesebuah projek itu dibangunkan. Ini akan memberi gambaran kepada corak berfikir dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan projek.
KelasProgramming.com menekan pembelajaran secara berkonteks. Sambil kita membangunkan projek, kita akan temui konsep-konsep tertentu dan kita akan lebih memahami fungsi dan keperluannya.
Pembelajaran akan disampaikan secara live video conference bersama peserta. Konsep web programming akan dihuraikan dalam video sisipan. Akses kepada rakaman video pada bila-bila masa.
Selain daripada kelas secara "live" and video sisipan, sesi perbincangan online akan diadakan. Peserta boleh kemukakan soalan berdasarkan cubaan sendiri dan juga pelajaran yang lalu.
Kita akan bersama selama 4 minggu dan menerangkan selagi boleh apa sahaja yang berkaitan web programming. Peserta mempunyai banyak masa dan peluang untuk belajar dan memahami pelajaran.
Jurulatih adalah web programmer yang berpengalaman dan juga jurulatih dalam topik web programming dan PHP. Beliau juga menjadi jurulatih bagi beberapa agensi kerajaan.
Kandungan Program
Sesi Bermula Sabtu, 20 Mac 2021
Sabtu, 20 Mac 2021 (10am - 4pm)
Sesi Pengenalan
Kelas Live Pertama (1)
Isnin, 22 Mac 2021 (8pm)
Sesi Perbincangan & Ulangkaji
Sabtu, 27 Mac 2021 (10am - 4pm)
Kelas Live Kedua (2)
Isnin, 29 Mac 2021 (8pm)
Sesi Perbincangan & Ulangkaji
Sabtu, 3 April 2021 (10am - 4pm)
Kelas Live Ketiga (3)
Isnin, 5 April 2021 (8pm)
Sesi Perbincangan & Ulangkaji
Sabtu, 10 April 2021 (10am - 4pm)
Kelas Live Keempat (4)
Isnin, 12 April 2021 (8pm)
Sesi Perbincangan & Ulangkaji
Sabtu, 17 April 2021 (10am - 12pm)
Kelas Live - Sesi Penutup
Tawaran tamat pada Isnin, 8 Mac 2021, jam 11:59 malam
Program ini tidak akan dijual dengan harga serendah ini lagi. Harga program sebegini memang tak murah. Coding School dan Bootcamp di luar sana meletakkan harga beribu ringgit untuk penuntut mereka. Kami telah berbincang dan harga yang sesuai untuk penuntut dan berbaloi untuk kami mengadakan program KelasProgramming.com adalah RM 200.
Tapi untuk batch pertama ini, dan untuk mereka yang bertindak pantas sebelum Isnin, 8 Mac 2021, jam 11:59 malam, kami menawarkan program ini pada harga yang tak masuk akal, hanya RM50 sahaja.
Pendaftaran ditutup sementara waktu untuk memberi ruang kepada sesi kelas yang sedang berlangsung. Daftarkan diri anda untuk makluman apabila pendaftaran untuk sesi baru dibuka.
Kami akan berikan sijil digital bagi mereka yang menyempurnakan program.
Boleh? Minat adalah penting. Kita cuba bantu sebaik mungkin.
Web programming ni luas. Kita ajarkan asas-asas yang penting. Anda mungkin boleh membina sistem yang ringkas. Tapi mungkin perlukan pembelajaran lanjut untuk sistem yang lebih kompleks.
Ada. Peserta boleh menonton video rakaman sekiranya terlepas video live.
Rakaman kelas live akan dinaikkan untuk tontonan peserta pada keesokan hari.
Boleh. Video rakaman akan diberikan untuk tempoh 6 bulan, atau setahun, bergantung kepada pakej program yang dibeli.
Belum lagi. Kita mungkin berikan pengenalan kepada Laravel tapi bukan pelajaran penuh. Program ini memberi fokus kepada asas. Laravel pula punyai banyak topik yang perlu diajar, dan mungkin agak rumit dan kompleks bagi yang baru dengan web programming.
Program Asas Laravel hanya akan ditawarkan kepada mereka yang telah menyempurnakan Program Asas 4 Minggu.
Pakej Lanjutan mengandungi video pembelajaran Laravel yang merangkumi topik-topik penting untuk difahami bagi memulakan pembelajaran dengan Laravel.
Iszuddin Ismail
Iszuddin (Dino) banyak berkecimpung dalam pelbagai projek web termasuk menjadi CTO di E-Sentral.com, Kiddocare.my, dan juga pernah berkhidmat untuk pelanggan dalam dan luar negara.
Selain daripada projek klien, antara projek yang telah dibangunkan dan dijual adalah seperti UPLOADNSELL.com, DIPPEC.com, dan blog CoolComputerCases.com.
Sekarang beliau adalah penganjur acara tahunan JOMLAUNCH dan CEO di Taming Tech Sdn Bhd, Presiden di NEF dan juga jurulatih bidang programming kepada beberapa agensi kerajaan seperti KPM, KWP, KPT, JPN, dan lain-lain.
Sebuah projeh oleh
Kengakawan IT Solutions, 239A Jalan Bandar 13, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur