Bina Kerjaya Sebagai Fullstack Mobile Developer

Program bimbingan online selama 12 minggu bersama jurulatih berpengalaman industri dengan teknologi Ionic dan Laravel

Ini adalah rakaman taklimat berkenaan program online bootcamp, yang diadakan pada 24 Ogos 2023, jam 9 malam.

Nama saya Razman Sarit...

Nama saya Razman Sarit. Saya adalah Jurulatih Utama untuk program Online Bootcamp Fullstack Mobile Developer ini.

Bermula September 2023 nanti, saya bersama rakan mentor dan jurulatih lain akan mula memberi tunjuk ajar untuk membina kemahiran anda sebagai Fullstack Mobile Developer.

Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri.

Selain daripada terlibat dengan beberapa projek sistem dan mobile sepanjang 20 tahun pengalaman bekerja, saya juga pernah memenangi beberapa pertandingan hackathon, dan juga seorang Ionic Expert Developer yang diiktiraf oleh Ionic sendiri, dan penceramah dalam bidang ini untuk acara tempatan dan luar negara.

Di samping itu, saya juga berpengalaman menyampaikan latihan dan telah melatih melebihi 300 orang pelatih dalam bidang pembangunan aplikasi mobile dan programming.

Razman Sarit
Jurulatih Utama
Ionic Developer Expert
Award Winning Developer

Apa itu Fullstack Mobile Developer?

Sebelum kita pergi lebih jauh, elok saya perjelaskan — Apa itu Fullstack Mobile Developer?

Untuk memahami ini, kita perlu tahu bagaimana aplikasi mobile berfungsi.

Setiap aplikasi yang dibina sekarang ini pasti mempunyai dua komponen ini :

  1. Frontend – komponen yang memaparkan data dan mendapatkan input pengguna. Ia terdiri daripada antaramuka, visual dan lain-lain. Inilah aplikasi mobile yang kita biasa lihat dan guna.

  2. Backend – komponen yang menerima, mendapatkan, menyimpan dan memproses data. Dalam erti kata lain, inilah server di belakang (di Internet) aplikasi mobile yang menerima operasi seperti Login, mendapatkan data-data dari pengkalan data berpusat dan lain-lain.

Dengan kedua-dua komponen ini, baru aplikasi mobile dapat berfungsi dengan sempurna.

Dan dengan kedua-dua kemahiran ini, dia dipanggil Fullstack Developer. Dia juga akan menjadi rebutan banyak pihak dan syarikat dari luar dan dalam negara.

Jadi dalam online coding bootcamp ini, inilah yang akan kami ajar dan sampaikan kepada anda.

Apa pula Ionic dan Laravel?

ionic
https://ionicframework.com/

Ionic adalah sebuah kerangka (framework) dengan yang berasaskan HTML, CSS dan JavaScript untuk pembangunan aplikasi mobile, desktop dan juga web. Sekiranya anda ada pengalaman dengan pembangunan web, proses pembelajaran anda akan jadi sangat mudah. Sekiranya tidak, itu juga tidak menjadi masalah. Kita akan bantu sebaiknya.

Ionic menjadi pilihan banyak syarikat dalam proses pembangunan aplikasi mereka kerana programmer mereka boleh mengguna kemahiran sedia ada (web) untuk membangunkan aplikasi. Ia juga membuatkan proses pembangunan lebih pantas.

Dengan komponen CapacitorJS daripada Ionic sendiri, dengan hanya HTML, CSS dan JavaScript aplikasi anda boleh dijadi aplikasi mobile terus untuk kedua-dua platform iOS dan Android.

Syarikat gergasi seperti Southwest Airlines, Airbus, General Electrics dan banyak lagi adalah antara yang mengguna Ionic sebagai platform pembangunan aplikasi mobile mereka.

laravel
https://laravel.com/

Laravel adalah kerangka (framework) berasaskan bahasa pengaturcaraan PHP, yang digunakan untuk pembangunan backend web. Laravel adalah kerangka yang terkemuka dengan jutaan pengguna seluruh dunia. Banyak aplikasi web, baik sebagai Server API mahupun aplikasi web telah dibangunkan menggunakan Laravel.

Dengan Laravel ini, kita akan bangunkan Server API yang akan menerima login daripada aplikasi mobile, berinteraksi dengan pengkalan data untuk menyimpan, mengubah, menghapus, mendapatkan dan kemudian memaparkan data kembali ke aplikasi mobile.

Antara laman web dan organisasi yang menggunakan Laravel adalah seperti Weibo, Podium, Web.com, dan banyak lagi.

 

Aplikasi Yang Dibangunkan Dengan Ionic

Bagaimana Program Online Bootcamp Akan Dijalankan?

Bootcamp biasanya merujuk kepada kursus intensif yang padat. Ia akan menguji keupayaan mental dan fizikal pelatih, seperti kursus kelayakan komando dan tentera elit.

Online  Coding Bootcamp kami bukanlah seperti latihan komando, namun untuk menghasilkan full stack mobile developer yang berkemahiran dalam tempoh 12 minggu, ia padat dengan sesi pembelajaran dan latihan.

Maka pelatih yang menyertai program ini mesti mempunyai motivasi dan komitmen yang tinggi.

Tapi jika anda betul-betul mahu menjadi seorang full stack mobile developer – kami boleh bantu.

Kami faham tentang tuntutan gaya hidup zaman sekarang. Sebab itu kami cuba seimbangi dengan keperluan kehidupan dan program ini.

Sebab itu kami laksanakannya secara online dan part-time.

  • Online – membolehkan peserta mengikuti kursus ini dari mana-mana sahaja, Kuala Pilah, Perlis, Kuching, Sandakan, mahupun Sydney. Anda tidak perlu untuk datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus ini.

  • Part-time – membolehkan pelatih menyertai program tanpa perlu berhenti kerja sekarang.

Walaupun demikian, usaha yang gigih masih diperlukan daripada pelatih. Kita ada jadual dan tugasan mingguan yang perlu disempurnakan pelatih, agar perjalanan program mengikut jadual yang telah dirancang.

Pelatih mesti bersedia untuk meluangkan 1 ke 2 jam setiap hari untuk program ini.

Selain itu, kita akan terapkan juga komponen berikut sepanjang program : 

Kelas Live Online

Setiap minggu, kita akan adakan 2 ke 3 kelas live secara online. Ia akan dilaksanakan menggunakan Zoom atau apa-apa teknologi yang sesuai. Pelatih wajib hadir atau menonton rakaman selewat-lewatnya pada keesokan hari.

Study Group

Setiap pelatih akan diletakkan dalam sebuah Study Group. Study Group perlu membuat pertemuan online sekali setiap minggu. Setiap Study Group akan dianggotai oleh 4 ke 5 pelatih.

Kumpulan Mentor

Setiap 3 Study Group akan menerima seorang mentor. Kumpulan Mentor perlu membuat pertemuan online setiap 2 minggu.

Tugasan Mingguan

Setiap minggu ada tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar.

Projek Akhir

Anda akan diberikan tugasan seperti mana seorang full stack web developer di sebuah syarikat, dan perlu membangunkan aplikasi yang telah dirangka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Bahasa Melayu

Program online coding bootcamp ini akan disampaikan menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami.

Kenapa Ada Study Group?

Belajar bersama study group terbukti dapat membantu proses pembelajaran.

Bagi seorang guru, walaupun dia bijak, pandai dan berkemahiran, kadang-kala dia lupa dan hilang empati sebagai seorang pelatih. Dia lupa apakah cabaran seorang pelatih hadapi untuk memahami sesuatu pelajaran baru.

Namun mungkin tidak sesama pelatih sendiri. Sebagai contoh, Ali mungkin baru memahami topik HTML. Dia masih ingat :

  • Kenapa dia tidak dapat memahaminya sebelum ini

  • Apakah poin utama yang telah membantu pemahamannya 

Dan pengalaman dan pengetahuan Ali tentang ini dapat membantu pelatih lain. Sebab itu kami terapkan Study Group dan mewajibkan pertemuan mingguan.

Selain daripada itu :

  • Kumpulan kecil ini dapat membantu memberi semangat sesama sendiri, memastikan setiap daripada mereka menyiapkan tugasan

  • Study Group akan membina satu ruang yang selesa sesama pelatih yang dianggap sebagai “rakan seperjuangan” – berbanding untuk terus bertanya dengan Jurulatih.

  • Ada dari kalangan pelatih mempunyai pengalaman kerja dan jaringan dalam industri. Study group akan membantu memulakan rangkaian profesional sesama pelatih untuk peluang pekerjaan ataupun bisnes kelak.

Silibus

Program akan dijalan seperti berikut :

Tempoh : 12 minggu
Sesi : 20 sesi (1-2 sesi seminggu)
Mula : awal September 2023
Tamat : awal November 2023

Minggu 1
Sesi 1
Orientasi - Pengenalan kepada perjalanan program, mentor dan lain-lain
LARAVEL
Sesi 2
Pengenalan kepada Laravel dan konsep Server API
Sesi 3
Routing, Request and Response
Minggu 2
Sesi 4
Pengkalan Data dan Operasi Laravel
Sesi 5
Laravel Eloquent as ORM
Minggu 3
Sesi 6
Laravel Eloquent as ORM (Relations)
Sesi 7
Laravel Eloquent Advanced usage
Minggu 4
Sesi 8
API Authentication, Role and Permission
Sesi 9
Handling Storage
ANGULAR
Minggu 5
Sesi 10
Introduction to Web Development
Sesi 11
Getting Started with Angular
Minggu 6
Sesi 12
Components and Templates
Minggu 7
Sesi 13
Directives and Pipes
Sesi 14
Services and Dependency Injection
Minggu 8
Sesi 15
Routing, Navigation and best practice
IONIC
Minggu 9
Sesi 16
Introduction to Ionic Framework & Installation
Sesi 17
Start a project, page generation and introduction to Ionic UI components
Minggu 10
Sesi 18
Using Native Plugins
Minggu 11
Sesi 19
integration with Laravel API
Minggu 12
Sesi 20
Turning your Ionic project into an app and deployment

Yuran

Berikut adalah yuran yang dikenakan oleh pihak lain untuk program-program seumpama ini

G Academy

12 Minggu

RM 25,000

N Academy

12 Minggu

RM 12,000

A Academy

12 Minggu

RM 4,000

Diploma di IPTA

3 Tahun

RM 8,000

Harga untuk mengikuti online coding bootcamp Fullstack Mobile Developer hari ini.

Bayaran Penuh
Ansuran Bulanan

Pakej Asas

Mengikuti program secara online
RM 2,600
00
+ SST
  • Sesi kelas online
  • Sesi mentoring
  • Akses ke rakaman
  • Study group

Pakej Lengkap

Beserta template dan source code
RM 3,300
00
+ SST
  • Sesi kelas online
  • Sesi mentoring
  • Akses ke rakaman
  • Study group
  • Template & source code *
Berbaloi

Pakej Asas

Mengikuti program secara online
RM 650
00
+ SST
  • Ansuran 4 kali bayaran
  • Bayaran pertama
  • Sesi kelas online
  • Sesi mentoring
  • Akses ke rakaman
  • Study group

Pakej Lengkap

Beserta template dan source code
RM 825
00
+ SST
  • Ansuran 4 kali bayaran
  • Bayaran pertama
  • Sesi kelas online
  • Sesi mentoring
  • Akses ke rakaman
  • Study group
  • Template & source code *
Berbaloi

* Template dan source code memberikan anda akses ke template Ionic seperti halaman login, tema, dan lain-lain lagi yang memudahkan proses pembangunan web.

Untuk pembayaran melalui syarikat, agensi kerajaan atau LO, sila berhubung dengan hq@tamingtech.my atau +60 13-446 4601 (WhatsApp)

Percuma T-Shirt & Barangan 24/7 - CODE FOR LIFE

Bersama dengan penyertaan anda ke program online bootcamp ini, kami akan hantarkan satu set barangan CODE FOR LIFE yang turut mengandungi t-shirt, buku nota, pelekat dan lain-lain lagi.

Jurulatih & Mentor

Berikut adalah jurulatih dan mentor yang akan bersama anda dalam program 12 minggu ini.

Razman Sarit

Razman akan menjadi Jurulatih Utama sepanjang program bootcamp ini. Selain daripada tenaga pengajar, Razman juga bekerja secara remote dengan syarikat luar negara sebagai Ionic Developer.

Bishen Bupert Patel

Walaupun tanpa ijazah, Bishen berkhidmat sebagai senior software engineer di syarikat kejuruteraan kimia. Beliau telah menimba pengalaman dalam pelbagai projek sejak 15 tahun dahulu.

Muhammad Shahrin Nidzam Bin Effendy

Shahrin telah membina banyak aplikasi mobile dengan Ionic menggunakan Laravel sebagai backend. Sekarang berkidmat dalam syarikat telekomunikasi.

Muhamad Zaffran Bin Zaharin

Zaffran sekarang berkhidmat dengan syarikat agensi web dan berpengalaman membangunkan web dan aplikasi mobile.

Mohamad Rasul Izuddin Bin Wahidudden

Rasul mempunyai pengalaman yang meluas dalam pembangunan sistem untuk pihak kerajaan dan swasta, dan sekarang membangunkan syarikat ITnya sendiri.

Soalan-soalan Lazim

Boleh. Kami mengutamakan komitmen dan semangat. Selain daripada itu, peserta mesti sudah mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai Zoom call, menggunakan keyboard dengan baik.

Namun, anda perlu sedar bahawa usaha yang lebih gigih mungkin diperlukan dan ini terletak kepada pelatih itu sendiri.

Kami menerima pelatih seawal 16 tahun pada tahun semasa.

Ya. Rakaman daripada Kelas Live akan dimuatnaik secepat mungkin pada hari yang sama. Namun, kita perlukan mereka yang tidak dapat mengikuti kelas live menonton rakaman pada hari yang sama, atau selewat-lewatnya keesokan hari untuk terus mengikuti program dan tidak keciciran.

Boleh, tetapi anda mestilah seseorang yang biasa dengan kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai Zoom call, menggunakan keyboard dengan baik.

Kami mengalu-alukan penyertaan pegawai kerajaan. Kami boleh menerima pembayaran melalui Local Order (LO) dan E-Perolehan. 

Sila berhubung dengan Mazlina melalui email hq@tamingtech.my atau telefon +60 13-446 4601 (WhatsApp) atau +603-2332 9466.

Ini juga adalah risalah PDF untuk memudahkan cadangang perolehan kepada bahagian latihan.

Risalah Mobile Developer Bootcamp (Ionic & Laravel) (356 downloads )

Kami mengalu-alukan penyertaan pihak swasta. Kami boleh mengeluarkan sebutharga dan invois mengikut keperluan.

Sila berhubung dengan Mazlina melalui email hq@tamingtech.my atau telefon +60 13-446 4601 (WhatsApp) atau +603-2332 9466.

Ini juga adalah risalah PDF untuk memudahkan cadangang perolehan kepada bahagian latihan.

Risalah Mobile Developer Bootcamp (Ionic & Laravel) (356 downloads )

Maaf, penyertaan kepada program ini tidak boleh dibuat melalui tuntutan HRD Corp / HRDF.

Boleh. Klik pada Bayaran Ansuran selepas bahagian Yuran di atas.

Anda akan membuat bayaran pertama, diikuti oleh 3 bayaran lagi yang mesti dilangsaikan di hujung setiap bulan.

Boleh. Namun kelas akan diadakan mengikut waktu Kuala Lumpur. Rakaman setiap kelas akan dibuat untuk rujukan dan kemudahan semua peserta.

Amaran : Jangan sertai bootcamp ini sekiranya...

Program online bootcamp ini dianjurkan oleh KelasProgramm.com yang dimiliki oleh

Taming Tech Sdn Bhd1218468­X

321A, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur