
Iszuddin Ismail (penulis) bersama buku yang ditulis beliau, 24 Jam Laravel.
Buat Pesanan SekarangHanya RM89.90 SahajaYa! Ini adalah buku fizikal dengan 382 mukasurat dan berat 700 gram yang akan dihantar ke rumah anda. Penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Ya! Ini adalah buku fizikal dengan 382 mukasurat dan berat 700 gram yang akan dihantar ke rumah anda.
Buku ini disusun untuk membantu mereka yang baru bermula dengan Laravel. Laravel ini memang cantik dan hebat. Ianya sangat memudahkan kerja-kerja web developer. Namun, bagi seseorang yang betul-betul baru, mungkin ianya sedikit mencabar untuk dipelajari.
Banyak topik dan pengetahuan baru yang diperlukan sebelum kita betul-betul boleh menggunakan Laravel dengan baik. Antaranya, termasuklah :
Sebab itulah buku ini diusahakan oleh saya dan pasukan di KelasProgramming.com. Kami berhasrat agar Laravel ini menjadi kemahiran lebih ramai web developer di Malaysia. Dan syarat dan kemahiran awal yang diperlukan tidak lagi menjadi halangan.
Buku ini akan disampaikan dalam bahasa Melayu dan dijangka akan berada dalam pasaran bermula 1 April 2025 pada harga RM89.90. Dianggarkan dengan semua topik yang akan disampaikan, ia akan mempunyai ketebalan 380 mukasurat.

Berikut adalah kandungan buku ini.
Buku ini berketebalan sebanyak 382 mukasurat.









Iszuddin Ismail adalah graduan UTM dalam bidang Sains Komputer pada tahun 2001. Sejak daripada awal kerjaya, Iszuddin memang mempunyai minat dalam pengaturcaraan web.
Iszuddin telah mula memberi tunjuk ajar dalam bidang pengaturcaraan web ini sejak 2002 lagi, bermula dengan aktiviti sosial untuk komuniti web Sifoo.com. Kemudian beliau juga telah mula menganjurkan acara berkaitan pengaturcaraan dan web untuk komuniti Facebook JOMWEB. Antara kerjasama dahulu termasuklah dengan UPTM (KPTM Cheras), ILP Kuala Langat, UIS (KUIS) dan banyak lagi. Ini juga termasuk kerjasama dengan pihak swasta yang turut sama menyokong komuniti programmer dan developer seperti Neowave Sdn Bhd, Jomsocial Sdn Bhd, Altfa Training, Serai Training dan banyak lagi.



Selain dari itu, bermula 2015, bersama rakan-rakan komuniti, Iszuddin juga adalah penganjur acara bernama JOMLAUNCH yang menghimpunkan rakan programmer dan developer tanahair untuk menunjukkan projek ICT yang telah dibangunkan di samping menjadi ruang untuk penggiat industri berkenal-kenalan, berkongsi kemahiran dan belajar sesama sendiri.




Pada masa yang sama, sepanjang berkerjaya, Iszuddin telah memberi tunjuk ajar dan khidmat latihan dalam pengaturcaraan PHP, MySQL, Git, HTML, CSS, Bootstrap kepada syarikat swasta dan agensi kerajaan seperti JPN, KWSP, USM, KKM, KPM, dan banyak lagi.



Sepanjang kerjayanya, Iszuddin telah berkhidmat dan membantu startup seperti Xentral Methods (e-sentral.com) dan Kiddocare memulakan tapak digital mereka sebagai Chief Technology Officer di sana. Iszudidn juga terlibat dalam projek dibangunkan MadCash secara rundingan dan perkhidmatan pakar.
Iszuddin juga aktif dengan aktiviti NGO dan pernah menjawat jawatan Presiden di Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia.
Pada 2021, Iszuddin memulakan KelasProgramming.com sebagai satu platform membantu warga tempatan mendalami kemahiran pengaturcaraan dengan pengantaraan bahasa Melayu. Ianya mendapat sambutan hebat dengan beberapa siri program bootcamp yang telah dijalankan.






Harga : RM89.90
(tidak termasuk SST & penghantaran)
